suria

Individu lempar kata-kata kesat terhadap anak, Ria Ricis cari pelaku sampai lubang cacing

Ria berang apabila anak perempuannya dihina.

PEMPENGARUH Indonesia Ria Ricis tidak akan memaafkan tindakan biadab individu yang menghina anak perempuannya iaitu Moana dengan kata-kata kesat.

Dalam nada geram, Ria atau Ria Yunita, 30, mempersoalkan kesalahan telah dilakukan anaknya sehingga ada tergamak menggelar kanak-kanak itu sebagai anak haram.

“Saya tidak akan memaafkan sesiapa yang telah menghina anak saya Moana.

Ria dedah individu yang menghina anaknya.

“Saya tak sanggup membaca komen-komen itu. Mengapa kamu begitu kejam? Apa salah saya?," katanya.

Ria berkongsi perkara itu menerusi sebuah video di saluran YouTube miliknya pada Selasa. 

Dalam video itu, Ria turut memaparkan tangkap layar perbualannya dengan individu yang memanggil Moana sebagai 'anak haram'.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis, Teuku Ryan sah cerai talak satu... Mahkamah arah bayar nafkah anak RM2,900 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri sulung minta adik buat teman bermain, Ria Ricis cadang ambil anak angkat

Sebagai seorang ibu, Ria tidak berdiam diri dan akan mengambil tindakan terhadap individu tersebut. 

"Sebagai ibu kandung Moana, saya tidak akan berdiam. Saya akan mencari maklumat mengenai individu itu," ujarnya.

Untuk rekod, Ria mendirikan rumah tangga dengan pelakon Teuku Ryan pada 12 November 2021 namun berpisah pada 3 Mei 2024. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain