ANGGOTA kumpulan Blackpink iaitu Lisa trauma apabila diganggu peminat fanatik yang mengekorinya sehingga ke rumah.
Lisa atau Lalisa Manobal, 28, berkata, individu berkenaan dilihat berlegar-legar di hadapan rumahnya pada waktu malam sehingga membuatkan dia takut untuk keluar.
“Biasanya peminat akan tunggu dan berkumpul di lapangan terbang dan ia perkara biasa.
Lisa ketika hadir sebagai tetamu Woody FM.
“Tapi ada menunggu saya di rumah? Itu memang buat saya rasa tak selesa.
“Individu itu datang pada waktu malam sampai saya takut keluar rumah. Saya tahu perkara itu selepas melihat rakaman litar tertutup (CCTV)," katanya.
Lisa berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam rancangan Woody FM yang ditayangkan menerusi saluran YouTube.
Tidak hanya itu, peminat berkenaan juga cuba menaiki teksi yang sama dengannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Lisa Blackpink dalam ‘The White Lotus 3’ dipuji, netizen Malaysia kata seiras Faezah Elai
ARTIKEL BERKAITAN: Lisa berani ambil risiko, dedah tak dapat sokongan syarikat pengurusan untuk gerak solo
Malah peminat serupa sanggup meletakkan kaki di antara pintu teksi bagi menghalang ia dari tertutup.
"Ketika itu saya pergi ke latihan tanpa pengurus dengan menaiki teksi, tapi kemudian orang itu cuba masuk ke dalam teksi saya dengan melekatkan kaki di antara pintu kenderaan.
"Saya tidak mahu kongsi terlalu banyak maklumat tetapi ia adalah sesuatu menakutkan," ujarnya.
Bimbang kejadian berulang, dia terpaksa meminta pengurusnya tinggal bersamanya agar keselamatannya lebih terjamin.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!