suria

Baim Wong didakwa lakukan keganasan rumah tangga, Paula Verhoevan bawa saksi ke mahkamah

Gilliran Paula tunjukkan bukti kelakuan Baim.

KISAH rumah tangga pelakon Baim Wong bersama isterinya Paula Verhoevan kembali menjadi bualan ramai.

Terbaharu, timbul pula dakwaan Baim melakukan keganasan rumah tangga terhadap Paula.

Perkara itu didedahkan oleh saksi iaitu Abimanyu yang menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berlakunya keganasan di antara Baim dan Paula.

Abimanyu antara saksi yang hadir ke mahkamah.

Menurut Abimanyu, menerusi video tersebut Baim dikatakan meninggikan suara manakala Paula memilih untuk berdiam diri.

Katanya rakaman tersebut juga memaparkan pergerakan tangan yang membuatkan kepala Paula tertolak ke belakang.

"Terdapat bukti CCTV di dalam sebuah bilik, di mana terdapat beberapa jenis pertengkaran antara kedua-dua pihak.

"CCTV juga menunjukkan berlaku pergaduhan sehingga salah seorang terluka," katanya memetik laporan Detik Pop.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong dan Paula sambut Tahun Baharu Cina bersama, tak mahu anak hilang kasih sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding cerai Baim Wong diteruskan, kali ini bawa 43 bahan bukti menyokong dakwaan Paula curang

Bagi mengukuhkan kenyataan saksi, peguam Paula iaitu Ainul Yaqin turut mengemukakan 42 bukti yang terdiri daripada surat dan bukti elektronik.

Kisah rumah tangga Baim mula menjadi bualan selepas dia memfailkan cerai terhadap Paula pada 7 Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 4, dan Kenzo, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain