suria

Kejar ikan lumba-lumba, Prilly Latuconsina cemas hampir tersesat di lautan

Prilly dedah hampir tersesat di lautan.

PELAKON Prilly Latuconsina berdepan situasi cemas apabila hampir tersesat di lautan semasa penggambaran sebuah dokumentari di Kaimana, Papua Barat.  

Dalam usaha mendapatkan rakaman eksklusif ikan lumba-lumba di Teluk Bicari, Prilly, 29, mengejar mamalia laut itu sehingga tanpa sedar dia terpisah dari kumpulan penyelam yang mengawalnya.  

Jarak penglihatan di dalam air hanya sekitar lima meter juga menyebabkan Prilly tidak menyedari dia berenang dari lokasi asal.

Prilly terlibat dalam video dokumentari 'Menjaga laut, Menjaga Kehidupan'.

"Ada kejadian lucu di Teluk Bicari. Saya sangat teruja untuk merakam ikan lumba-lumba, saya kejar mereka sambil memegang kamera.

"Pada masa itu, nasib baik ada penyelam lain menyedari saya mengejar ikan lumba-lumba itu. Kalau tidak, saya akan sesat kerana jauh daripada penyelam lain," katanya.

Dalam pada itu, Prilly turut berkongsi pengalamannya ketika berada di hutan sekitar Kaimana selain mengalami kesukaran di dalam air.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak daftar nama, impian Prilly Latuconsina tunai haji tak kesampaian

ARTIKEL BERKAITAN: Masak juadah hari raya guna gas subsidi, Prilly Latuconsina mengaku silap

Dia perlu menggali lubang untuk membuang air dan menggunakan air laut untuk membersihkan diri sepanjang berada di kawasan tersebut. 

"Ketika saya berada di tengah-tengah hutan, saya mahu membuang air besar, tetapi tiada tandas di situ.

"Saya perlu menggali lubang dan membersihkannya dengan iar laut. Pengalaman itu sangat menakjubkan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain