suria

Badan semakin langsing, penampilan Selena Gomez dipuji peminat

Tubuh Selena yang semakin kurus menarik perhatian ramai.

PENYANYI Selena Gomez mencuri perhatian ramai dengan penampilannya di Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2025 yang berlangsung pada Ahad lalu.

Selena, 33, mengenakan gaun satin biru tua 'off-the-shoulder' rekaan Celine yang menyerlahkan keanggunannya di karpet merah.

Selain fesyennya yang menawan, perubahan fizikalnya kelihatan lebih langsing menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat dan media.

Perbezaan Selena pada 2025 (kiri) dan 2024 (kanan).

Ramai terkejut melihat tubuhnya semakin kurus dengan spekulasi mengenai diet dan gaya hidupnya mula tersebar di media sosial.

Pun begitu, netizen memberikan pujian dengan menyatakan bahawa Selena kelihatan lebih sihat dan bertenaga berbanding sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Persediaan kahwin, Selena Gomez dan Benny Blanco beli rumah bernilai RM155 juta di Los Angeles

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Selena Gomez letak sos keju dalam tab mandi, kejutan sempena Hari Kekasih

Namun, ada juga yang menyuarakan kebimbangan bahawa tekanan industri hiburan mungkin mempengaruhi perubahan fizikalnya.

Dalam perkembangan lain, Selena menerima anugerah bagi kategori Persembahan Cemerlang oleh Ensemble dalam Siri Komedi untuk Only Murders in the Building.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain