suria

Pelawak Nunung sanggup jual rumah dan kereta demi keluarga di kampung, kini menyewa bilik bersama suami

Nunung menjual rumah dan keretanya demi keluarga.

DEMI keselesaan keluarga, pelawak terkenal Indonesia Nunung rela mengorbankan harta miliknya dan memilih menetap di bilik tumpangan bersama suaminya.

Cerita Nunung atau Tri Retno Praduyati, 62, dia menjual rumah serta kenderaannya di Jakarta bagi membeli sebuah kediaman di Solo demi memastikan keluarganya memiliki tempat tinggal yang selesa.

"Saya sudah menjual kereta dan rumah saya di Jakarta. Keluarga saya di Solo memerlukan tempat tinggal, jadi saya belikan rumah untuk mereka di sana.

Nunung tidak kisah membantu keluarganya.

"Kini, saya dan suami hanya menumpang di sebuah bilik di Pancoran. Inilah keputusan yang saya buat demi keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Nunung menegaskan bahawa keluarganya sentiasa menjadi keutamaan dan pengorbanan yang dilakukan bukanlah satu masalah baginya.

Malah dia menerima setiap ujian yang datang dengan reda dan hadapinya dengan penuh ketabahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nunung dipinggir saudara mara kerana hidup miskin, tapi syukur selepas jadi artis semua dah berubah baik

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya hati Raffi Ahmad, bantu pelawak Nunung buka kedai makan... “Inilah kawan sejati!”

"Saya tidak menganggap ini sebagai masalah kerana keluarga adalah keutamaan saya. Semua orang tahu itu, ia bukan rahsia.  

"Setiap ujian yang datang sama ada dari Allah atau diri sendiri, saya terima dengan ikhlas dan hadapi saja," ujarnya.

Untuk rekod, Nunung dan Iyan Sambiran mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain