suria

Nikita Mirzani dakwa hamil 3 bulan, netizen anggap drama nama terkait kes peras ugut dan penggubahan wang haram

Nikita dakwa sedang hamil tiga bulan.

TIADA angin tiada ribut, pelakon sensasi Indonesia Nikita Mirzani mendakwa dia sedang hamil dan kandungannya sudah mencecah usia tiga bulan.

Enggan berkongsi identiti bapa bayi berkenaan, Nikita atau Nikita Mirzani Mawardi, 39, bagaimanapun hanya menyifatkan lelaki itu sebagai tidak berguna.

"Tak kisah siapa bapa bayi ini sebab yang penting saya sedang mengandung!

Nikita enggan berkongsi identiti bapa anak dalam kandungannya.

"Anak ini akan dijaga dengan baik. Ada bapa pun tidak berguna," katanya.

Nikita mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam video siaran langsung di Instagram miliknya.

Bagaimanapun netizen tidak percaya selebriti sensasi itu sedang hamil kerana biasanya Nikita akan mencanang mengenai kekasih atau suami baharunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkat kedatangan Ramadan, Nikita Mirzani dan anak perempuan berpelukan lupakan sengketa

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani luah hasrat hamil lagi, mahu anak jadi pengganti Lolly

Sebaliknya ramai menganggap ia sekadar taktik bagi melepaskan diri daripada beberapa kes mahkamah dihadapinya ketika ini.

Sebelum ini, pihak berkuasa di Indonesia menamakan Nikita sebagai suspek utama dalam kes membabitkan usahawan kosmetik dikenali sebagai Dr Reza Gladys.

Reza membuat laporan polis terhadap Nikita pada 3 Disember 2024 selepas mendakwa pelakon itu memfitnah dan melakukan peras ugut terhadapnya di media sosial.

Nikita sedang disiasat dalam kes peras ugut dan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, Nikita boleh dihukum penjara maksimum enam tahun.

Tidak hanya itu, Nikita turut berdepan dengan pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Untuk rekod, Nikita pernah berkahwin sebanyak empat kali namun semua ikatan tersebut tidak bertahan lama dan berakhir dengan penceraian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain