suria

Bukan tak sayang tapi Nikita Willy ada sebab utamakan anak sulung

Nikita utamakan anak sulung kerana pada usianya perlu diberikan perhatian lebih.

SEJAK bersalin anak kedua, pelakon Nikita Willy ada sebab tersendiri lebih memberi tumpuan menjaga cahaya mata sulungnya iaitu Issa Xander Djokosoetono.

Menurut Nikita atau Nikita Purnama Willy, 31, tempoh peralihan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah lebih mencabar berbanding bayi kurang daripada setahun.

Jelas Nikita, perhatian perlu diberikan kepada Issa kerana kanak-kanak itu sedang melalui proses menyesuaikan diri apatah lagi emosinya mudah rapuh apabila rasa diabaikan.

Nikita fokus tumbesaran anak sulung buat masa sekarang.

“Bukan nak membezakan kasih sayang tetapi saya lebih beri tumpuan kepada Issa apabila anak kedua dilahirkan.

"Pada umur 4 bulan bagi saya tak perlu jaga anak, bayi belum tahu siapa pengasuhnya.

"Tetapi yang kena jaga adalah anak kecil, sebab dia dalam masa peralihan menyesuaikan diri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lagi khabar angin, Jennifer Lopez fail cerai selepas 2 tahun kahwin Ben Affleck

ARTIKEL BERKAITAN: Penceraian dengan Ben Affleck buat Jennifer Lopez tersedar, lelaki bukan lubuk kebahagiaan

Dalam pada itu Nikita mendedahkan ketika melahirkan anak keduanya iaitu Nael Idrissa Djokosoetono, dia dan suami meminta pekerja mereka membalut hadiah kononnya daripada Nael untuk Issa.

Jelas Nikita perkara itu bertujuan agar Issa rasa lebih disayangi dan jauh daripada sifat cemburu terhadap adiknya yang baru dilahirkan.

"Kami siap meminta staf membalut hadiah dengan menulis 'Untuk Abang Saya, Issa'.

Pada umur 4 bulan bagi saya tak perlu jaga anak, bayi belum tahu siapa pengasuhnya.

NIKITA WILLY

PELAKON

“Ceritanya ia adalah hadiah daripada Nael kepada Issa, dan Issa sangat gembira sehingga dia berkata ‘Terima Kasih Dudung Saya Sayang Awak,” jelasnya.

Untuk rekod, Nikita berkahwin dengan ahli perniagaan Indra Priawan pada 16 Oktober 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Issa, 3, dan Nael, yang kini berusia 4 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain