MENYANGKAL dakwaan terbabit dalam pertikaian harta, pelakon Lee Ji Ah memberitahu sudah terputus hubungan dengan keluarganya itu selama 10 tahun.
Lee Ji Ah, 47, berkata dia telah hidup berdikari sejak berusia 18 tahun tanpa menerima sebarang sokongan kewangan daripada keluarga.
"Sejak 18 tahun, saya hidup berdikari tanpa menerima sebarang sokongan kewangan daripada ibu bapa saya dan telah terpinggir selama lebih sedekad.
Ji Ah memohon maaf untuk sejarah datuknya.
"Saya langsung tidak terlibat dengan kontroversi yang melibatkan harta keluarga, tindakan undang-undang dan pertikaian pemilikan tanah," katanya.
Menurut laporan, keluarga Ji Ah sedang menghadapi konflik mengenai pemilikan tanah yang dikatakan bernilai 35 bilion Won (RM116 juta) di Anyang, Wilayah Gyeonngi.
Keadaan semakin tegang apabila datuk Ji Ah dikenal pasti sebagai 'chinilpa' iaitu invididu yang bekerjasama dengan pemerintahan Jepun semasa penjajahan Korea.
Pelakon The Penthouse itu mengakui kesalahan yang dilakukan oleh datuknya dan memohon maaf dengan rendah hati kepada masyarakat.
ARTIKEL BERKAITAN: Diam-diam buat amal! Bintang ‘The Penthouse’ Lee Ji Ah hulur sumbangan bantu pelajar yang terkesan pandemik Covid-19
ARTIKEL BERKAITAN: 7 artis Kpop bekerja keras untuk bayar hutang ibu bapa
"Saya tidak mengetahui mengenai datuk saya yang merupakan pro-Jepun kerana beliau meninggal dunia ketika saya berusia dua tahun.
"Saya amat menyesali tindakan datuk saya dan memohon maaf seikhlas hati sebagai keturunannya," ujarnya.
Ji Ah turut menegaskan bahawa perkara tersebut adalah sejarah keluarganya dan tidak mempunyai kaitan dengan kehidupannya pada masa kini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!