suria

Empat kali bergelar janda, Jennifer Lopez dan Ben Affleck sah bercerai

Jennifer dan Ben secara rasmi bukan lagi bergelar suami isteri.

PENYANYI Jennifer Lopez dan aktor Ben Affleck secara rasmi bercerai selepas Mahkamah Tinggi di Los Angeles, Amerika Syarikat mengesahkan permohonan tersebut pada Jumaat. 

AP melaporkan, hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles meluluskan penceraian pasangan selebriti popular itu pada 6 Januari lalu dan mengisytiharkan mereka bukan lagi suami isteri berkuat kuasa pada 21 Februari 2025. 

Susulan daripada itu, Jennifer secara rasmi menggugurkan nama ‘Affleck’ daripada nama sahnya.

Jennifer dan Ben bercerai selepas tiga tahun berkahwin.

Jennifer dan Ben bercerai selepas tiga tahun berkahwin.

Pada Mei tahun lalu, Ben dilaporkan sudah 'angkat kaki' dari kediaman mewah mereka yang dilaporkan bernilai RM300 juta.

Menurut sumber lagi, pasangan yang popular dengan jolokan ‘Beniffer’ itu juga sebelum ini sudah cuba menyelamatkan perkahwinan mereka namun gagal mencari titik persefahaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lagi khabar angin, Jennifer Lopez fail cerai selepas 2 tahun kahwin Ben Affleck

ARTIKEL BERKAITAN: Penceraian dengan Ben Affleck buat Jennifer Lopez tersedar, lelaki bukan lubuk kebahagiaan

Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta.

Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003.

Ia perkahwinan keempat untuk Jennifer dan yang kedua buat Ben.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain