suria

Drake henti konsert selamatkan peminat hamil 5 bulan, tawar tiket VIP dan wang tunai RM130,000

Drake menawarkan tiket VIP dan wang tunai kepada peminat yang sedang hamil (kanan).

KESAL peminat sedang hamil lima bulan bersesak dalam ribuan penonton yang hadir ke konsertnya, penyanyi rap Drake meminta petugas memindahkan wanita tersebut ke bahagian VIP.

Tidak hanya itu, Drake turut menawarkan wang tunai sebanyak AS$30,000 (RM130,000) kepada wanita tersebut sebagai ganti rugi.

People melaporkan penyanyi rap 38 tahun itu ternampak seorang wanita memegang plakad menyatakan dia sedang hamil 20 minggu.

Drake terlihat papan tanda yang dipegang oleh seorang peminat sewaktu membuat persembahan.

Drake terlihat papan tanda yang dipegang oleh seorang peminat sewaktu membuat persembahan.

"Adakah anda sedang hamil 20 minggu? Keluarkan dia dari situ!

"Berikan dia beberapa tiket VIP dan wang sebanyak AS$30,000," katanya.

Kejadian itu berlaku ketika Drake mengadakan konsert jelajah Anita Max Win di Qudos Bank Arena di Sydney, Australia pada 19 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berseteru dengan Kendrick Lamar, Drake saman syarikat rakaman

ARTIKEL BERKAITAN: Video tayang kemaluan tersebar, Drake hanya mampu ketawa

Dalam pada itu, wanita dikenali sebagai Tiana Henderson itu memuat naik foto momen berharga berkenaan dan mengungkapkan rasa terima kasih kepada Drake. 

Kata Tiana, dia tidak akan melupakan detik manis tersebut dan bagai tidak percaya apa yang berlaku bukan satu mimpi. 

"Saya bangun pagi ini dan sah ia bukanlah satu mimpi. Saya sangat sayangkan awak (Drake) dan saya tidak akan melupakan pengalaman ini," ujarnya. 

Drake mencipta kenangan manis buat seorang peminat wanita.

Meskipun belum menerima wang sejumlah AS$30,000 dijanjikan Drake, Tiana memberitahu dia tetap berasa bertuah kerana mendapat pengalaman luar biasa tersebut. 

"Tidak, saya belum menerima wang itu bahkan saya tidak pasti sama ada akan menerimanya atau tidak. 

"Namun, ia tetap akan menjadi pengalaman terbaik dalam hidup saya," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain