LEBIH dua dekad berkecimpung dalam industri lakonan, pelakon Aamir Khan mendedahkan dia tidak pernah mengambil sebarang bayaran tetap sebagai seorang pelakon.
Menurut Aamir atau Mohammed Aamir Hussain Khan, 60, dia memilih untuk tidak menerima gaji dan hanya memperoleh pendapatan berdasarkan kejayaan filem yang dibintanginya itu.
"Saya tidak mengambil gaji sejak 20 tahun yang lalu. Saya berhenti menerima sebarang bayaran sebagai seorang pelakon.
Aamir mahu ikut jejak artis lama peroleh pendapatan.
"Jika orang ramai menyukai filem saya, barulah ada pendapatan. Jika filem itu tidak ditayangkan, tiada pendapatan akan diperoleh," katanya.
Dalam pada itu, pelakon 3 Idiots itu memberitahu pendekatan ini dilakukan selepas mengikut cara artis lama memperoleh pendapatan melalui keuntungan.
Malah Aamir berasakan pendekatan ini lebih adil kerana pendapatannya bergantung sepenuhnya pada kejayaan filem di pawagam.
ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan tengah angau bercinta, sudah bawa balik kekasih jumpa keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Rancang bersara usia 70 tahun, Aamir Khan terima 6 tawaran filem serentak
"Memandangkan saya mendapat wang menerusi keuntungan, ia hampir seperti cara lama artis untuk memperoleh wang.
"Mereka akan membuat persembahan di tepi jalan raya dan mengumpul wang daripada penonton dengan bersiar-siar memakai topi terbalik.
"Jika orang suka, mereka boleh berikan apa-apa sahaja. Jika mereka tidak menyukainya, mereka boleh pergi," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!