suria

Tiada alasan teruskan perbicaraan, The 1975 tak bersalah pembatalan Good Vibes Festival

Mahkamah dapati tiada alasan kukuh teruskan perbicaraan.

MAHKAMAH di London memutuskan kumpulan The 1975 tidak bertanggungjawab atas pembatalan Good Vibes Festival yang mencetuskan kontroversi pada Julai 2023.

Hakim William Hansen dalam penghakimannya menjelaskan kumpulan itu tidak mengetahui garis panduan ditetapkan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), undang-undang dan peraturan persembahan di Malaysia.

Susulan itu, Hansen menggugurkan dakwaan tersebut selain tidak melihat sebarang alasan kukuh meneruskan perbicaraan. 

Antara tindakan yang biadap yang dilakukan vokalis The1975.

Memetik laporan The Independent, Hansen turut memerintahkan penganjur Future Sound Asia (FSA) membayar kos gumanan berjumlah RM557,224.

Sementara itu, peguam The 1975 iaitu Edmund Cullen menegaskan tuntutan itu sebagai tidak berasas dengan menyalahkan anggota kumpulan The 1975.

Bagaimanapun, peguam Andrew Burns mewakili FSA pula berkata anggota kumpulan berkenaan sengaja mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa Malaysia dengan aksi dipamerkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina undang-undang LGBT Malaysia, cium pemain bass di atas pentas... konsert The 1975 di Sepang dihentikan

ARTIKEL BERKIATAN: IG The 1975 kena serang netizen Malaysia, peminat cerita situasi sebenar kejadian - “Marah bila dia hina Malaysia”

FSA memfailkan saman terhadap The 1975 di mahkamah pada Julai 2024 atas dakwaan kumpulan tersebut punca festival muzik itu dibatalkan.

FSA menuntut ganti rugi sebanyak RM11.25 juta kerana mendakwa  The 1975 Productions LLP telah melanggar kontrak ditetapkan. 

Pengunjung kecewa Matty Healy hina Malaysia.

Pada Julai 2023, persembahan The 1975 di Good Vibes Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa, Sepang dihentikan serta merta selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan aksi kurang ajar termasuk memegang botol arak, berada dalam keadaan mabuk dan meludah ke arah penonton. 

Tidak hanya itu, Matty juga menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia sebelum mencium pemain bass kumpulan berkenaan iaitu, Ross McDonalds.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain