PELAKON Gene Hackman dan isterinya iaitu Betsy Arakawa ditemukan sudah meninggal dunia di kediaman mereka di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat.
Memetik laporan Daily Mail, selain pasangan berkenaan turut ditemukan tidak bernyawa adalah anjing peliharaan mereka.
Menurut Syerif Santa Fe County iaitu Adan Mendoza, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah melibatkan pelakon veteran itu bersama isterinya.
Foto terakhir Hackman dan isteri.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut punca kematian pasangan berkenaan.
Malah waktu sebenar kematian mereka juga masih lagi dalam siasatan.
Difahamkan, kali terakhir pasangan ini muncul di khalayak ramai adalah pada Mac tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Pamer sikap aneh, ramai percaya Justin Bieber ambil barang terlarang
ARTIKEL BERKAITAN: Kejar ikan lumba-lumba, Prilly Latuconsina cemas hampir tersesat di lautan
Hackman, 95, memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1956 dan cukup terkenal dengan watak Jimmy 'Popeye' Doyle dalam filem The French Connection.
Mediang juga pernah memenangi dua trofi Academy Awards, dua Bafta Awards, empat Golden Globe Awards dan Screen Actrors Guils Award.
Manakala isterinya Arakawa, 63, pula merupakan seorang pemain piano klasikal.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!