AHLI kumpulan Twice iaitu Nayeon meluahkan hasrat mahu berkawan rapat dengan V daripada anggota BTS.
Menerusi episod terbaru rancangan Trick Kode, pelakon Park Hyung Sik muncul dalam rancangan itu sebagai tetamu misteri.
Manakala Nayeon terpaksa meneka identiti tetamu rancangan berkenaan.
Nayeon dan Hyun Sik berbual melalui aplikasi permesejan.
Mereka perlu berbual melalui aplikasi pemesejan tanpa mengenali antara satu sama lain.
Dalam perbualan itu, Nayeon sempat bertanya pelbagai soalan kepada Hyung Sik.
Perbualan yang mencuri tumpuan adalah ketika Nayeon bertanya kepada Hyung Sik siapakah rakan-rakan selebriti yang dia rapat.
ARTIKEL BERKAITAN: Banyak beri ‘hint’ tentang percintaan, peminat restu hubungan J-Hope dan Nayeon
ARTIKEL BERKAITAN: Perut nampak buncit, netizen minta Nayeon Twice pergi bersenam
Antara nama yang disebut aktor itu ialah pelakon Park Shin Hye, Han Hyo Joo, dan akhirnya V daripada BTS.
Selepas melihat nama V, Nayeon meluahkan rasa iri hati dan memberitahu ingin berkawan rapat dengan penyanyi itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!