PENYANYI rap Daddy Yankee memfailkan saman terhadap bekas isterinya iaitu Mireddys Gonzalez atas dakwaan menyeleweng wang syarikat miliknya.
People melaporkan saman ini juga melibatkan bekas adik iparnya iaitu Ayeicha Gonzalez Castellanos dengan jumlah tuntutan sebanyak AS$250 juta (RM1.1 bilion) di mahkamah.
Ia difailkan pada 4 Mac lalu atas dakwaan mereka menguruskan syarikat Yankee iaitu El Cartel Records dan Los Cangris Inc. dengan tidak amanah.
Bekas isteri Yankee (kanan) berkomplot dengan adiknya dalam menyeleweng wang syarikat.
Mireddys dan Ayeicha didakwa mengeluarkan wang berjumlah besar dari akaun syarikat tanpa kebenaran sehingga Yankee mengalami kerugian.
Selain itu, mereka juga gagal menguruskan perniagaan dengan baik, melanggar kontrak dan membuat kenyataan buruk terhadap Yankee.
Penyanyi itu percaya mereka menyalahgunakan kuasa dan mengurus wang dengan tidak bertanggungjawab.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyamar penyanyi Despacito, rompak AS$2.3 juta di bilik hotel
ARTIKEL BERKAITAN: Fuh! Lebih 2 Juta Tonton Pemuda Nyanyi 'Despacito' Bahasa Melayu
Pada bulan yang sama, Yankee juga memfailkan aduan terhadap bekas isterinya kerana mengeluarkan AS$100 juta (RM445 juta) dari akaun perniagaan tanpa izinnya.
Untuk rekod, Yankee dan Mireddys bercerai pada Disember 2024 selepas hampir 30 tahun mendirikan rumah tangga.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!