suria

Isteri Baim Wong dakwa sikap anak mula berubah selepas 6 bulan dijaga suami

Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

ISTERI pelakon Baim Wong melihat perubahan sikap terhadap anak-anaknya selepas enam bulan berada di bawah jagaan suami. 

Paula Verhoeven, 38, berkata anak-anaknya iaitu Kiano dan Kenzo sering di lihat berada dalam ketakutan setiap kali dia datang melawat. 

“Mama kasihan lihat kalian bingung dengan situasi ini, maafkan mama ya kerana kalian berada di situasi seperti ini. 

"Segala ikhtiar mama lakukan untuk selalu bersama kalian, namun hasilnya kita serahkan kepada Allah. Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. 

Paula mendakwa sikap anak-anaknya berubah selepas dijaga oleh Baim.

"Mama sedih dan binggung dengan respon anak-anak kepada mama sekarang. Rasanya hati mama seperti disayat-sayat, sudah berapa banyak tangisan kerana merindui kalian untuk tempoh enam bulan ini," katanya. 

Paula berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Paula memberitahu dia seakan ingin menyerah bukan kerana tidak mahu mengambil hak penjagaan tetapi kasihan melihat anak-anaknya terpaksa berdepan dengan situasi penceraian ibu bapa. 

"Saat ini hati mama rasa ingin menyerah bukan kerana tidak mahu memperjuangkan anak-anak tetapi sedih dan hancur rasanya lihat kalian ketakutan setiap kali dekat dengan mama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa tak bagi anak-anak jumpa Paula, Baim Wong mohon penyebar fitnah bertaubat

ARTIKEL BERKAITAN: Paula Verhoeven jawab dakwaan curang Baim Wong, banyak kekurangan sebagai isteri

"Rasa seperti perasaan asing dengan anak-anak yang mama kandung dan lahirkan," ujarnya. 

Paula bagaimanapun reda dengan segala keputusan mahkamah yang akan memutuskan hak penjagaan anak sama ada diberikan kepada dia atau Baim minggu depan.  

"Mama ingin pesan apa pun keputusan hakim dalam perbicaraan minggu depan, Allah akan tetap selalu jaga hati dan cinta kalian untuk mama. 

Paula reda dengan segala keputusan mahkamah berhubung hak penjagaan anak-anak.

"Mama akan selalu ada di sini menunggu kalian peluang ke pelukan mama," katanya. 

Kisah rumah tangga Baim mula menjadi bualan selepas dia memfailkan cerai terhadap Paula pada 7 Oktober tahun lalu.

Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain