PELAKON Walton Goggins berdepan situasi cemas apabila dia dipatuk ular berbisa ketika menjalani penggambaran drama bersiri The White Lotus di Thailand.
People melaporkan Goggins, 54, yang diketahui mempunyai fobia terhadap ular tetap meneruskan lakonannya seolah-olah tiada apa berlaku.
Goggins dipatuk ketika melakonkan babak melepaskan haiwan berbisa itu dari sebuah ladang ular.
Goggins memiliki fobia terhadap ular.
Meskipun sudah diberikan panduan keselamatan oleh kru produksi, Goggins tetap terkena gigitan selepas beberapa kali memegang ular yang berlainan.
Lebih mengejutkan, Goggins hanya merawat lukanya dengan ubat sapu dan meneruskan penggambaran seperti biasa.
Namun, penerbit siri tersebut mencadangkan agar dia mendapatkan rawatan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Lisa Blackpink dalam ‘The White Lotus 3’ dipuji, netizen Malaysia kata seiras Faezah Elai
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak keruan tengok aksi menjolok mata Theo James dalam The White Lotus musim kedua
Akur dengan nasihat itu, Goggins akhirnya menerima suntikan tetanus bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
Sementara itu, Goggins sempat berseloroh bahawa mungkin pihak Home Box Ofice (HBO) mahu dia ke hospital bagi mengelakkan masalah undang-undang.
Musim ketiga The White Lotus yang turut menampilkan pelakon berbakat seperti Aimee Lou Wood dan Jason Isaacs.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!