suria

Wendy Williams campak nota melalui tingkap, lambai tangan minta bantuan

Wendy ketika cuba dapatkan bantuan orang ramai.

PENGACARA sensasi Wendy Williams terpaksa dikejarkan ke di Hospital Lenox Hill, New York City selepas mengalami situasi cemas yang tidak dapat dipastikan puncanya.

Memetik laporan TMZ, Wendy, 60, menulis nota meminta bantuan ketika sedang dirawat seorang pakar psikiatri di kediamannya.

Dia kemudian menjatuhkan nota berkenaan melalui tingkap sebelum melambai-lambai tangan meminta bantuan orang ramai di jalanan.

Wendy diiringi pihak polis untuk di bawa ke hospital.

"Tolong Wendy!" tulisnya di nota berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Wendy dibawa keluar oleh pihak polis daripada bangunan itu dan terus menaiki ambulans.

Katanya, Wendy tidak berpuas hati dengan keputusan ujian kesihatan yang dipercayai semakin merosot sehingga memerlukan dia mendapat penjagaan ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun hilangkan diri, Wendy Williams derita penyakit nyanyuk

ARTIKEL BERKAITAN: Alec Baldwin merungut penthouse RM76 juta terlalu kecil, terasa sesak tinggal bersama 7 orang anak

Difahamkan dia sudah terkurung di bilik rawatan sejak tahun 2022 lalu bagi merawat penyakit dementia.

Pada 2024 lalu,  Wendy mendedahkan dirinya menghidap penyakit dementia atau nyanyuk disebabkan mengalami kemerosotan fungsi otak.

Dia juga menderita penyakit afasia yang menyebabkan kelancaran atau kebolehan berkomunikasi terjejas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!