suria

Celine Dion marah suara diubah guna AI, tak benarkan mana-mana pihak ciplak lagunya

Celine Dion tak benarkan suaranya di ciplak guna teknologi AI.

PENYANYI Celine Dion meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati apabila lagu popularnya My Heart Will Go On dipalsukan menerusi teknologi kecerdasan buatan atau AI.

Bengang tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, Celine, 59, melarang mereka menggunakan segala konten berkaitan muzik, suara atau wajahnya tanpa kebenaran.

"Sudah dimaklumkan kepada kami bahawa muzik yang dihasilkan oleh AI tanpa kebenaran ini mengandungi persembahan muzik Celine Dion, serta nama dan rupa beliau kini tersebar di internet melalui pelbagai platform digital penstriman muzik.

Suara Celine Dion diubah guna teknologi AI. 

"Harap maklum bahawa rakaman ini adalah palsu dan tidak diluluskan, serta bukan lagu daripada nyanyian asli saya," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Celine berkata dia akan mengambil tindakan tegas bagi setiap penggunaan muzik tanpa kebenaran terutamanya di platform penstriman digital

Ini bukan kali pertama Dion secara terbuka membincangkan penggunaan muzik dan suaranya tanpa kebenaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Melambung pujian Celine Dion, Adele penyanyi dalam kelas tersendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil dos ubat berlebihan, Celine Dion nyaris maut

Untuk rekod, lagu My Heart Will Go On dilancarkan pada tahun 1997 dan merupakan hasil ciptaan komposer muzik James Horner.

Lagu ini menjadi hit pada tahun yang sama setelah diangkat menjadi runut bunyi bagi filem Titanic.

Pada Ogos tahun lalu, Celine Dion didesak untuk memfailkan saman terhadap Donald Trump kerana menggunakan lagu nyanyiannya iaitu My Heart Will Go On sewaktu kempen pilihan raya di Montana, Amerika Syarikat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain