suria

Michael B. Jordan dan Taylor Russel dirakam keluar ‘dating’, spekulasi bercinta kembali hangat

Peminat syak Jordan dan Taylor menjalinkan hubungan.

PELAKON Michael B. Jordan dan Taylor Russel sekali lagi mencetuskan spekulasi sedang bercinta selepas dilihat bersama di London.

Dalam sebuah klip video yang dikongsi oleh Instagram peminat, Jordan, 38, dan Russel, 30, dilihat berjalan bersama di sepanjang Oxford Street pada 9 Mac lalu.

Kemunculan pelakon Black Panther dan Taylor ini menarik perhatian ramai memandangkan mereka baru sahaja menamatkan hubungan percintaan.

Jordan dan Taylor dilihat berjalan bersama di Oxford Street.

Namun tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak mengenai status sebenar hubungan mereka.

Sebelum ini, Jordan pernah menjalinkan hubungan dengan model Lori Harvey sebelum berpisah pada 2022.

Sementara itu, Taylor dilaporkan telah berpisah dengan penyanyi Harry Styles pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada masa punca Michael B. Jordan belum terfikir timang anak

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Ferrari remuk teruk kemalangan, Michael B. Jordan tak alami sebarang kecederaan

Interaksi mesra antara Jordan dan Russel menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja atau lebih daripada itu.

"Benarkah mereka kembali bercinta? Kalau betul, saya sangat menyokong hubungan mereka!

"Mereka bercinta atau hanya gimik untuk filem baharu? Mereka kan bakal berlakon bersama," komen peminat.

Sekadar info, kedua-dua pelakon itu bakal membintangi filem The Thomas Crown Affair dengan Jordan turut bertindak sebagai pengarah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain