suria

Siti Badriah rasa ‘insecure’ hamil anak kedua, sedih netizen wanita kecam perubahan hormon

Siti berasa tidak yakin selepas menerima kecaman netizen terhadap fizikalnya.

PENYANYI Siti Badriah berasa tidak yakin dengan diri sendiri selepas mengalami perubahan hormon bagi kehamilan keduanya itu.

Menurut Siti, 34, selepas mengandung badannya dilihat lebih berisi berbanding kehamilan pertama serta mempunyai masalah kulit.

Malah Siti berasa sedih apabila dijadikan bahan kecaman netizen teurtama daripada kaum wanita kerana perkara berkenaan.

Siti bersyukur dikurniakan suami yang memahami.

"Saya betul-betul tak yakin dengan perubahan hormon untuk kehamilan kedua kali ini.

"Sebelum ini saya baru sahaja kurus namun tiba-tiba sudah berisi kembali dan terima pelbagai kritikan netizen.

"Apa yang menyedihkan kebanyakan wanita dan ibu sepatutnya saling menguatkan, bukan meruntuhkan satu sama lain," katanya.

Bagaimanapun Siti bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa beri sokongan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah umum berita gembira bakal timang anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah rupanya hamil anak kembar, sedih terpaksa gugurkan satu janin

“Saya bersyukur mempunyai suami yang sentiasa memberikan sokongan positif kepada isteri, terima kasih kerana sentiasa menyedarkan saya dan ingat ini hanya sementara,” ujarnya.

Untuk rekod, Siti berkahwin dengan Krisjiana Baharudin pada 25 Julai 2019. 

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahata mata perempuan iaitu Xarena Zenara yang kini berusia 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain