suria

V BTS bangga turun berat badan 10 kg tapi malu nak tunjuk ‘six pack’

V (kiri) berkongsi foto terbaharunya di media sosial.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu V berkongsi foto terbaharu di media sosial menunjukkan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg). 

Menerusi platform Weverse, V atau nama sebenarnya Kim Tae Hyung, 30, mengejutkan peminat apabila berkongsi beberapa foto memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti fizikal di gimnasium.

"Ini bentuk tubuh terkini saya. Badan saya nampak susut kan? Sy hilang 10 kg. Saya akan berusaha lebih lagi," katanya. 

Peminat berseloroh ingin melihat 'sixpack' V.

Dalam pada itu, V sempat menolak permintaan peminat untuk melihat perut berotot 'sixpack' miliknya kerana berasa malu. 

"LOL (gelak), sixpack saya nampak okay sahaja tetapi saya malu," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nayeon Twice teringin berkawan rapat dengan V BTS

ARTIKEL BERKAITAN: V BTS nampak makin sado sejak masuk kem tentera, peminat kagum puji lebih kacak

Pada Januari lalu, V memaklumkan dirinya sudah berjaya mencapai berat badan ideal yang selama ini diinginkan. 

Sebelum itu, V pernah berkongsi matlamatnya untuk mencapai berat 86 kilogram sebelum menyertai kem tentera. 

Untuk rekod, V mula melapor diri di kem latihan tentera pada 11 Disember 2023 dan dijangka tamat latihan pada 10 Jun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain