suria

Jennifer Lopez cari pengganti Ben Affleck, mahu bakal suami bukan dalam kalangan selebriti

Jennifer bersedia mencari teman lelaki baharu.

PELAKON dan penyanyi Jennifer Lopez bersedia untuk kembali bercinta selepas bercerai dengan aktor Ben Affleck pada Februari lalu. 

Page Six melaporkan, sumber memberitahu Jennifer sudah terbuka untuk mencari pengganti teman hidup dan mengenali lelaki baharu. 

“Jennifer bersedia sudah bersedia untuk bercinta dan masih belum berputus asa untuk mencari cinta baharu. 

Jennifer tidak berputus asa untuk mencari teman hidup selepas bercerai dengan Ben.

Jennifer tidak berputus asa untuk mencari teman hidup selepas bercerai dengan Ben.

“Rakan-rakannya turut menggalakkan dia bercinta dan kini sedang terbuka untuk mencari teman lelaki baharu,” katanya. 

Dalam pada itu, sumber tersebut turut memberitahu pelakon filem Marry Me itu sedang mempertimbangkan untuk mencari kekasih dalam kalangan bukan artis. 

“Jennifer sedang memikirkan untuk bercinta dengan seseorang yang tidak menjadi perhatian umum tetapi tidak mengehadkan dirinya menghadiri mana-mana acara tertentu,” ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Empat kali bergelar janda, Jennifer Lopez dan Ben Affleck sah bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaik demi anak-anak, Jennifer Garner tak berminat kembali bersama Ben Affleck

Pada 21 Februari lalu, Jennifer dan Ben secara rasmi bercerai selepas Mahkamah Tinggi di Los Angeles, Amerika Syarikat mengesahkan permohonan tersebut.

Susulan daripada itu, Jennifer secara rasmi menggugurkan nama ‘Affleck’ daripada nama sahnya.

Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta.

Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003.

Ia perkahwinan keempat untuk Jennifer dan yang kedua buat Ben.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain