suria

Berdepan masalah kesihatan, Hotman Paris akur kena berhenti ‘clubbing’

Hotman mahu lebih banyak bersenam selepas tidak sihat.

PERSONALITI media sosial Hotman Paris Hutapea memilih untuk mengubah gaya hidup selepas mengalami masalah kesihatan pada bahagian hati.

Gara-gara itu, Hotman, 65, berkata dia mula mengurangkan diri daripada mengunjungi tempat hiburan yang sememangnya menjadi lokasi kegemarannya sebelum ini.

"Saya pernah pergi clubbing tiga kali seminggu, bertolak pukul 10 malam dan pulang 3 pagi. 

Hotman kongsi keadaan dirinya terkini.

"Kemudian saya terus pergi berkerja dan itu menjadi punca masalah kesihatan saya," katanya memetik Insertlive.

Hotman yang terpaksa mendapatkan rawatan di Singapura memberitahu dia kini lebih banyak melakukan senaman seperti berenang dan berlari untuk mengeluarkan peluh.

"Sekarang baru saya sedar organ dalam badan kita ini lemah dan boleh terjejas bila-bila masa. Sekarang saya mahu lakukan senaman dengan lebih kerap," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hotman Paris belum sedia timang cucu, mengaku tak puas lagi berparti

ARTIKEL BERKAITAN: Video joget bersama Hotman Paris tersebar, netizen bengang suami tetap pertahan Azizah Salsha

Pun begitu, dia masih sibuk menguruskan kerjanya tanpa mengira waktu, secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan jika kesihatannya kembali merosot.

"Tapi saya masih berkerja setiap hati, kadang-kadang Ahad pun berkerja. Saya takut penyakit ini kembali kerana ia berpunca dari jadual kerja yang padat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain