TANPA berfikir panjang, penerbit muzik Benny Blanco yakin penyanyi Selena Gomez adalah wanita terbaik buatnya ketika di awal mereka bertemu.
Malah kata Benny, 37, dia mula memikirkan soal berkeluarga dengan Selena selepas mereka bercium buat kali pertama.
"Selepas kami bercium, saya yakin akan memiliki anak bersama wanita ini," katanya.
Selena umum tunang tahun lalu.
Benny dan Selena berkongsi detik pertemuan mereka dalam satu temu bual mempromosikan album terbaharunya berjudul I Said I Love You First.
Kedua-dua mereka juga mula merasakan keserasian selepas bertemu sebelum serius menjalinkan hubungan cinta.
Pasangan ini kemudian mengumumkan pertunangan mereka pada Disember lalu selepas setahun bercinta.
ARTIKEL BERKAITAN: Badan semakin langsing, penampilan Selena Gomez dipuji peminat
ARTIKEL BERKAITAN: Persediaan kahwin, Selena Gomez dan Benny Blanco beli rumah bernilai RM155 juta di Los Angeles
Sementara itu bercakap tentang album tersebut, Benny menganggap ia sebagai satu coretan peribadi kisah mereka berdua.
Menurutnya dia banyak menulis kata-kata dilafazkan Selena di dalam nota telefon bimbit sebelum menjadikan ia sebuah lagu.
"Apa sahaja yang dia cakap saya akan tulis. Ada ketika dia bercakap sesuatu yang penting namun mungkin tidak disedari.
"Saya akan buka telefon untuk menulis kerana meraka ia bagus sebagai lirik," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!