BINTANG Bollywood terkenal Hrithik Roshan pernah mengunci dirinya di dalam bilik air ketika kecil.
Bercerita pengalaman itu, bapa Hrithik iaitu Rakesh Roshan mendedahkan anaknya itu berbuat demikian disebabkan masalah pertuturan dialaminya iaitu gagap.
Rakesh bercerita, Hrithik mengurung dirinya di dalam bilik air kerana berasa malu gagal menyebut beberapa perkataan dengan lancar.
Bapa Hrithik melihat sendiri anaknya berusaha tangani masalah gagap.
"Saya masih ingat ketika kami di Dubai, dia mahu menyebut 'terima kasih Dubai tetapi tersekat pada huruf D.
"Dia mengunci diri dalam bilik air hanya untuk belajar perkara itu," katanya.
Hrithik juga tidak pernah berhenti berlatih bagi mengatasi masalah dialami sehingga dia berjaya membaca dan bercakap dengan lancar.
ARTIKEL BERKAITAN: Hrithik Roshan patah tulang punggung ketika penggambaran ‘Kaho Naa Pyar Hai’
ARTIKEL BERKAITAN: Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas 8 tahun, tampil dalam konsert penutup terhebat 2023
Tambah Rakesh antara usaha dilakukan oleh pelakon itu adalah membaca surat khabar setiap bagi.
"Dia berlatih bersungguh-sungguh. Setiap pagi dia akan bangun dan membaca surat khabar berbahasa Inggeris, Hindi dan Urdu.
"Dia seoang anak yang bijak, banyak perkara yang mahu dilakukan namun dia malu disebabkan gagap.
"Sebagai bapa saya rasa amat sedih tapi sekarang dia tak gagap lagi," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!