SEJAK mendirikan rumah tangga tahun lalu, penyanyi Rizky Febian dikatakan mula mengabaikan penampilan selain berat badannya meningkat secara mendadak.
Bimbang keadaan itu jadi tidak terkawal, isterinya iaitu Mahalini terpaksa meminta bantuan bapa mentuanya agar menasihati Rizky mengubah gaya hidup.
Bapa Rizky yang juga pelawak Sule mendedahkan selera anak lelakinya itu semakin meningkat sejak berkahwin malah mampu menghabiskan dua bungkus mi segera.
"Kalau saya ke rumah mereka, Mahalini memang suka mengadu tentang Rizky dan minta saya tegur badannya yang semakin berisi.
Rizky naik berat badan selepas berkahwin.
"Ususnya sudah macam getah paip. Kalau makan mi segera, boleh sampai dua bungkus," katanya.
Dalam pada itu, Sule memberitahu perubahan fizikal penyanyi lagu Hingga Tua Bersama itu mungkin disebabkan faktor genetik.
Tegas pelawak itu lagi, dia akan menasihatkan Rizky untuk menjaga pemakanan selain kerap melakukan senaman bagi meningkatkan kecergasan fizikal.
"Sia-sia sahaja suruh dia (Rizky) buat pemeriksaan di klinik. Dia sebenarnya kurang bersenam, mungkin faktor keturunan juga. Saya dan bapa dulu berbadan kecil tetapi selepas itu berat badan mula naik.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini selamat bersalin bayi perempuan, pilih nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian
ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian rungsing fikir fasal duit, tiada ‘job’ sejak Mahalini hamil
"Ya saya akan menasihati Rizky untuk menjaga pemakanan dan harus selalu bersenam supaya isterinya tidak mengadu lagi," ujarnya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 dalam sebuah acara gilang gemilang di Jakarta, Indonesia.
Bagaimanapun Rizky dan Mahalini bernikah sekali lagi pada 27 Disember 2024 selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!