suria

Buka puasa bersama anak-anak, netizen persoal siapa bayar makan? Inara kata Virgoun bapa bertanggungjawab

Virgoun (kanan) meluangkan masa berbuka puasa bersama bekas isteri dan anak-anak.

BEKAS isteri penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli akhirnya menepati janji membawa anak-anak berbuka puasa dengan bekas suaminya itu.

Inara atau Inara Idola Rusli, 32, berkata, dia mengharapkan di bulan Ramadan ini segala amalan yang dibuat diterima Allah SWT, terutamanya dalam mendidik anak-anak mereka. 

"Di bulan suci Ramadan ini, semoga Allah terima segala amal baik dan reda dengan cara kita mendidik amanah yang diberikan iaitu anak-anak," katanya. 

Virgoun (kanan) tidak pernah lepas tanggungjawab terhadap anak-anak.

Inara berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam perkongsian tersebut, Inara turut berkongsi foto bersama bekas suami dan anak-anak ketika meluangkan masa sewaktu berbuka puasa di sebuah restoran. 

Pun begitu menerusi ruangan komen, seorang netizen meninggalkan persoalan bertanya siapakah yang membayar makanan mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang timbul fitnah, Inara terpaksa tunjuk sijil cerai... “Sebenarnya saya malas nak kongsi”

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sedang bercinta, Ivan Gunawan banyak kongsi tips fesyen dengan Inara Rusli

Tidak melenting dengan soalan ditanya, Inara memberitahu Virgoun seorang bapa bertanggungjawab yang akan menguruskan semua perihal anak-anak mereka. 

"Alhamdulillah, untuk urusan anak-anak daddy (panggilan Virgoun) mereka bertanggungjawab, yang pasti bil makanan tidak dibayar asing ya," ujarnya. 

Untuk rekod, Inara sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Virgoun pada 2014 namun sah bercerai pada November lalu.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain