suria

Luna Maya giat bersenam sepanjang Ramadan, mahu kekal bertenaga ketika beribadah

Luna kekal bertenaga untuk beribadah walaupun sedang berpuasa.

BERPUASA di bulan Ramadan bukan alasan buat pelakon Luna Maya bermalas-malasan lebih-lebih lagi mengambil kesempatan ini untuk beribadah.

Luna, 42, berkata, untuk kekal bertenaga dia mementingkan senaman serta tidur mencukupi.

"Bulan Ramadan itu luar biasa, setahun sekali sahaja berlaku.

Luna tetap lakukan aktiviti sukan di bulan Ramadan.

“Puasa tidak menjadikan saya malas, kekal semangat untuk beribadah dan bekerja seperti biasa.

"Sebab itu saya bersenam dan mengekalkan tidur yang berkualiti untuk sentiasa bertenaga,” katanya.

Bercakap mengenai sukan, Luna memberitahu dia tetap meneruskan aktiviti kecergasan namun mengurangkan intensiti senaman yang dilakukan.  

"Saya tetap teruskan aktiviti bersukan tetapi intensiti senaman itu dikurangkan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya dedah pernah curang, puncanya bosan dengan kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Babak intim Luna Maya dalam ‘Main Api’ diselia jurulatih khas, set penggambaran dikawal ketat elak sabotaj

"Boleh buat bila-bila masa yang penting berpeluh dan segar," ujarnya.

Tambah pelakon itu, dia juga menjaga pemakanan dengan mengurangkan makanan bergoreng.

"Kualiti makanan perlu dijaga, kalau boleh kena kurangkan makanan bergoreng masa berbuka," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain