YOUTUBER Indonesia Thariq Halilintar tidak menghalang atau memaksa isterinya Aaliyah Massaid berpuasa memandangkan sedang berbadan dua.
Thariq atau Muhammad Thariq Halilintar, 26, berkata, dia tidak akan membenarkan isterinya berpuasa sekiranya jika ia memberikan kesan buruk kepada kandungan.
Walaupun dalam keadaan hamil namun ia bukan penghalang buat Aaliyah berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini.
Aaliyah dibenarkan berpuasa tapi suami tidak beri halangan.
"Ya dia (Aaliyah) masih berpuasa tapi kalau secara tiba-tiba dia sudah tidak kuat jadi tak perlu puasa.
"Risau beri kesan buat kandungan dan kesihatan menurun," katanya.
Dalam pada itu, pasangan ini mengakui buat masa ini belum berkesempatan menyiapkan barangan kelengkapan buat bayi pertama mereka.
“Aku tidak harap apa-apa yang penting anak serta ibunya sihat.
ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid bakal timang bayi lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar anak istimewa, ibu beri nama sebelum tahu jantina... Jejak 30 negara ketika usia 6 bulan
“Belum melakukan persiapan yang berlebihan menyambut kelahiran buah hati.
“Jika pun ada, itu baru perancangan menyiapkan bilik untuk anak kami nanti," ujarnya.
Untuk rekod, Thariq dan Aaliyah, 23, mendirikan rumah tangga pada 26 Julai tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!