suria

Anak bagi baca mesej peribadi setiap malam, Nia Ramadhani mahu jadi ibu ‘sporting’

Nia bersama anak sulungnya iaitu Mikhayla.

MENYEDARI bukan mudah membesarkan anak perempuan yang sedang meningkat remaja, pelakon Nia Ramadhani mempunyai cara unik dalam mendekati puteri sulungnya.

Nia, 35, berkata dia lebih bersikap terbuka bersama anak perempuannya Mikhayla kerana mahu akrab seperti seorang rakan.

Katanya dia percaya keakraban itu akan mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak.

Nia bersama suami dan tiga orang anaknya.

"Saya lebih bersikap terbuka dan pentingkan keakraban kami. Saya percaya itu paling penting," katanya memetik laporan Insertlive.

Disebabkan didikan tersebut, anaknya Mikhayla juga bersikap terbuka dengannya malah membenarkan Nia membaca mesej di telefon bimbitnya.

Jelasnya dia masih lagi belajar dan menyesuaikan diri menjadi ibu yang baik buat anak-anaknya.

"Setiap malam dia akan benarkan saya membaca mesej dia bersama rakan-rakannya. Tapi saya tidak memberi sebarang reaksi selepas membacanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpelukan tanpa rasa bersalah, Raffi Ahmad anggap Nia Ramadhani macam adik sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahu carik isi ayam, Nia Ramadhani kena perli dengan isteri Raffi Ahmad

"Walaupun saya terkejut atau marah saya dengan mesej itu tapi saya akan memilih untuk biarkan," katanya lagi.

Untuk rekod, Nia mendirikan rumah tangga bersama Anindra Ardiansyah Bakrie pada 2010.

Selain Mikhayla, Nia juga memiliki dua cahaya mata lain iaitu Mainaka, dan Magika.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain