BUKAN sekadar permohonan maaf, ahli keluarga mendiang Kim Sae Ron menyenaraikan beberapa tuntutan lain terhadap syarikat Gold Medalist serta aktor Kim Soo Hyun.
Ia susulan pelbagai spekulasi timbul termasuk menjejaskan nama baik Sae Ron selepas kematiannya pada 16 Februari lalu.
Antara yang dituntut adalah pengakuan Soo Hyun menjalinkan hubungan cinta bersama Sae Ron ketika mendiang masih di bawah umur.
Soo Hyun dituntut membuat permohonan maaf.
Selain itu mereka juga mendakwa Gold Medalist telah memanipulasi media untuk menutup kisah cinta antara Soo Hyun dan Sae Ron.
Dalam masa sama pihak keluarga juga mahu agensi berkenaan mengiktiraf Sae Ron sebagai salah seorang yang terlibat memberi sumbangan terhadap syarikat.
Tidak cukup dengan itu, tuntutan permohoan maaf dibuat terhadap Youtuber Lee Jin Ho yang sebelum ini memulakan cerita tidak benar tentang Sae Ron.
ARTIKEL BERKAITAN: Foto tak berseluar tersebar, keluarga Kim Sae Ron desak Soo Hyun mohon maaf
ARTIKEL BERKAITAN: Won Bin mahu bayar hutang RM2.1 juta Kim Sae Ron, Kim Soo Hyun pula enggan terima
Memberi respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan wakil Gold Medalist meminta agar satu pertemuan dapat diaturkan antara mereka bersama keluarga Sae Ron.
Ia bertujuan untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku sekaligus mengelak lebih banyak cerita tidak benar timbul.
"Tidak elok sekiranya perkara ini dibincangkan secara umum. Jutseru kami mahu adakan pertemuan dengan pihak pengurusan untuk jelaskan segalanya.
Soo Hyun dan Sae Ron pernah menjalinkan hubungan cinta.
"Ada beberapa perkara yang didedahkan tidak sama seperti pemahaman kami," jelas wakil agensi.
Isu melibatkan Soo Hyun kini hangat menjadi bualan selepas dia didakwa menjadi punca kematian Sae Ron.
Selain bercinta dengan gadis bawah umur, Soo Hyun juga dikatakan pernah mendesak Sae Ron untuk menjelaskan hutang sebanyak RM2.1 juta kepada syarikat pengurusannya.
Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan pada hari jadi ke-37 Soo Hyun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!