suria

Bijak sorok kisah cinta, Aamir Khan akhirnya dedah identiti kekasih

Aamir lebih terbuka kongsi kisah cinta.

PELAKON Aamir Khan secara terbuka mendedahkan dia kini sedang bercinta dengan seorang wanita bernama Gauri Spratt.

Lebih setahun menyembunyikan hubungan tersebut, kata Aamir, 60, sudah tiba masanya dia mendedahkan identiti wanita itu kepada umum agar tidak timbul sebarang spekulasi.

"Kami adalah pasangan kekasih sekarang ini dan rasanya lebih selamat untuk kami beritahu anda semua. Tiada apa yang hendak disembunyikan. Cara sebegini lebih baik.

Wajah Gauri (kiri) yang merupakan kekasih Aamir.

"Kami mula kenal 25 tahun lalu. Namun kembali berjumpa lebih setahun lalu. Selepas itu kami terus berhubung dan segalanya berlaku secara natural," katanya.

Aamir berkongsi perkara itu ketika bertemu media dalam satu majlis tertutup di Mumbai, India sempena meraikan ulang tahun kelahirannya pada Jumaat.

Dia bagaimanapun tidak membenarkan jurugambar atau tetamu yang hadir merakam wajah wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: John Abraham tak guna media sosial, banyak kandungan tiada manfaat

ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan tengah angau bercinta, sudah bawa balik kekasih jumpa keluarga

Bijak menyembunyikan perhubungan mereka sebelum ini, Aamir juga secara berseloroh memberitahu ramai dalam kalangan media tidak dapat menghidu kisah cinta mereka.

Pelakon itu bagaimanapun tidak memberi bayangan mereka bakal berkahwin.

"Dia (Gauri) tinggal di Bangalore. Sebab itu ramai tidak tahu tentang hubungan kami. Saya akan pergi ke sana jika mahu berjumpa dengannya.

"Saya tidak pasti adakah masih sesuai untuk berkahwin dalam usia sekarang ini," ujarnya.

Untuk rekod Aamir sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memilik tiga orang anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain