suria

Foto tak berseluar tersebar, keluarga Kim Sae Ron desak Soo Hyun mohon maaf

Ramai yang menyalahkan Soo Hyun selepas kematian Sae Ron.

ISU melibatkan nama pelakon Kim Soo Hyun terus menjadi bualan hangat selepas dia dikatakan pernah bercinta dengan mendiang aktres Kim Sae Ron.

Pelbagai spekulasi timbul termasuk bukti menunjukkan Soo Hyun pernah menjadi kekasih Sae Ron ketika aktres tersebut masih di bawah umur.

Terbaharu tular satu gambar menunjukkan Soo Hyun, 37, berada di rumah Sae Ron dengan hanya memakai baju.

Gambar Soo Hyun tidak berseluar pula jadi bualan.

Dalam gambar tersebut memperlihatkan aktor berkenaan sedang membasuh pinggan di sinki tanpa memakai seluar dan didakwa berlaku ketika dia menjalinkan hubungan dengan Sae Ron.

Penyebaram gambar tersebut dibuat oleh saluran YouTube Hoverlab bersama kenyataan daripada keluarga mendiang.

Keluarga aktres itu memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak bukti sekiranya Soo Hyun enggan membuat permohonan maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Korea ugut boikot 18 jenama terkenal, desak gugur nama Kim Soo Hyun sebagai duta

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul foto cium pipi Kim Sae Ron, peminat panggil Kim Soo Hyun penipu

"Tiada apa yang kami inginkan selain Kim Soo Hyun atau agensinya membuat permohonan maaf secara rasmi," jelas wakil keluarga.

Menerusi strim secara langsung sebelum ini di YouTube, Ga Se Yeon mendakwa Soo Hyun dan Sae Ron menjalin hubungan cinta selama enam tahun sejak mendiang berusia 15 tahun.

Wakil pengurusan Soo Hyun iaitu Gold Medalist sebelum ini menafikan segala dakwaan terhadap aktor itu namun kemudiannya mengaku pernah bercinta dengan Seo Ron.

Soo Hyun dikaitkan dengan punca kematian Sae Ron.

Aktor itu dijangka membuat kenyataan penuh berhubung isu itu dan kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil selain emosinya terganggu akibat tekanan.

Selain bercinta dengan gadis bawah umur, Soo Hyun juga dikatakan pernah mendesak Sae Ron untuk menjelaskan hutang sebanyak RM2.1 juta kepada syarikat pengurusannya.

Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan pada hari jadi ke-37 Soo Hyun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain