suria

Bukan sombong tapi Scarlett Johansson ada alasan enggan bergambar dengan peminat

Scarlett mempunyai prinsip untuk memisahkan kehidupan realiti dengan dunia artis.

PELAKON Scarlett Johansson tidak akan melayan sebarang permintaan bergambar bersama peminat.

Entertainment Weekly melaporkan, tindakan Scarlett itu disebabkan memegang prinsip memisahkan kehidupan realiti dan sebagai seorang artis.

“Saya tahu keputusan ini akan menyinggung ramai peminat. Ini tidak bermaksud saya tidak menghargai mereka. 

"Namun saya selalu menolak dengan memberitahu saya tidak bekerja. Ketika tidak bekerja, saya hanya mahu melakukan hal saya sendiri," katanya. 

Scarlett tidak akan melayani peminat yang mahu bergambar sekiranya dia tidak bekerja.

Dalam pada itu, pelakon filem Black Widow ini memberitahu, tindakan itu turut dilakukan demi menjaga privasi anak-anaknya iaitu Rose, 10, dan Cosmo, 3. 

"Menjaga privasi anak-anak adalah perkara paling berharga bagi saya. Saya akan menjaga privasi ini selama yang mungkin," ujarnya. 

Sementara itu, aktres berkenaan berkata dia tidak mempunyai sebarang media sosial dan keputusan tersebut merupakan salah satu cara melalui kehidupan seimbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Scarlett Johansson bakal bintangi filem ‘Jurassic World’, dijangka tayang 2025

ARTIKEL BERKAITAN: Scarlett Johansson dikritik pertahankan jenayah seksual Woody Allen

Pun begitu, Scarlett tidak menafikan media sosial merupakan medium terbaik berkongsi informasi bersama peminat. 

"Media sosial merupakan platform yang baik untuk berkongsi informasi dan meningkatkan kesedaran dalam banyak hal. 

"Jadi sekiranya saya mempunyai media sosial, saya akan menjadi ketagih dan kerana itu saya tidak mahu menggunakannya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain