suria

Buang rasa malu, pelakon drama buat lima kerja ‘part time’ untuk terus hidup

Niklas dedah kesukaran bergelar artis di Hong Kong.

PELAKON Hong Kong, Niklas Lam mendedahkan dirinya perlu melakukan lima kerja sambilan untuk meneruskan hidupnya.

Memetik laporan Koreaboo, Niklas, 30, bukan hanya berlakon sebaliknya turut menjadi guru sementara, berkerja di kedai baju, psikoterapi berkumpulan serta melakukan kerja sosial lain.

Malah dia juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil kerja keenam iaitu mencuci pinggan mangkuk di restoran.

Niklas sanggup ikat perut demi meneruskan hidup.

Menurut Niklas, dia menjalani hidup dengan cara sederhana selain membuang rasa malu untuk menikmati hidangan di restoran yang murah.

Dia juga kadang kala hanya memakan telur rebus bersama air teh bagi mengisi perut kosongnya.

"Semua wang saya simpan untuk kegunaan kos pengangkutan," luahnya.

Malah dia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk membeli sebuah kereta kerana perjalanan dia pergi ke tempat kerja agak jauh.

Namun perbelanjaannya setiap bulan memerlukan lebih RM1,426.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sombong tapi Scarlett Johansson ada alasan enggan bergambar dengan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar tak paksa isteri berpuasa, bimbang kandungan terjejas

Tambahnya, setiap pelakon di Hong Kong bertanggung jawab menanggung kos perbelanjaan mereka ke set penggambaran itu sendiri. 

Disebabkan itu dia meneruskan hidup dengan jimat selain melakukan pelbagai kerja sambilan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain