SUSULAN kontroversi membabitkan Kim Soo Hyun, peminat di Taiwan meluahkan rasa bimbang jika acara bertemu peminat bersama aktor itu pada 30 Mac ini dibatalkan.
Allkpop melaporkan pihak penganjur iaitu 7-Eleven Taiwan juga masih belum menerima sebarang pengesahan daripada pengurusan Soo Hyun sama ada acara itu diteruskan atau pun sebaliknya.
"Buat masa ini acara bertemu peminat itu diteruskan seperti biasa memandangkan tiada sebarang arahan ia dibatalkan daripada pihak pengurusan Kim Soo Hyun.
"Tetapi sekiranya terdapat sebarang perubahan kami akan maklumkan dengan segera," kata wakil penganjur.
Soo Hyun berdepan bayaran penalti sekiranya membatalkan acara sesi bertemu peminat di Taiwan.
Sesi bertemu peminat bersempena Sakura Festival 2025 itu dijangka berlangsung di Kaohsiung, Taiwan pada 30 Mac ini.
Bagaimanapun sekiranya pelakon drama Queen of Tears itu gagal menghadirkan diri, ada kemungkinan Soo Hyun dikenakan denda penalti sebanyak NT$30,000,000 atau RM4 juta.
Difahamkan 7-Elven Taiwan sebelum ini menawarkan pakej istimewa kepada peminat termasuk hadiah berupa segelas cawan dengan pemegang khas menampilkan foto Soo Hyun.
Selain itu, peminat berpeluang membawa pulang poster gergasi manakala 200 peminat bertuah berpeluang bertemu dan bermesra dengan aktor popular itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Kim Sae Ron senarai tuntutan selain permohonan maaf, wakil agensi Soo Hyun ajak berjumpa
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Korea ugut boikot 18 jenama terkenal, desak gugur nama Kim Soo Hyun sebagai duta
Sejak minggu lalu, nama Soo Hyun hangat selepas dia didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Kim Sae Ron selamat enam tahun sejak mendiang berusia 15 tahun.
Bagaimanapun pelakon berkenaan menyangkal dakwaan tersebut sebelum mengaku pernah bercinta dengan Sae Ron ketika dia sudah dewasa.
Ia susulan muncul foto Soo Hyun mencium pipi Sae Ron selain gambar dia sedang membasuh pinggan tanpa memakai seluar tersebar.
Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan pada hari jadi ke-37 Soo Hyun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!