SELEPAS pelbagai spekulasi timbul, pelakon Kim Soo Hyun dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga mendiang aktres Kim Sae Ron.
Ia susulan pendedahan yang dibuat oleh ahli keluarga mendiang mendakwa Soo Hyun pernah menjalinkan cinta dengan Sae Ron.
Malah gambar-gambar Soo Hyun bersama Sae Ron juga semakin banyak tersebar sehingga mencemarkan nama baik pelakon berkenaan.
Soo Hyun dikatakan bercinta dengan Sae Ron ketika mendiang masih bawah umur.
"Satu laporan telah dibuat kerana bimbang pelbagai gambar tidak senonoh akan disebarkan," jelas wakil peguam kepada Soo Hyun.
Kenyataan peguam itu bagaimanapun menimbulkan tanda tanya ramai kerana Soo Hyun tidak mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan dia bercinta dengan Sae Ron yang masih di bawah umur.
Meskipun pernah menafikan perkara tersebut, namun aktor berkenaan masih belum membuat laporan atau mengambil tindakan undang-undang kerana difitnah.
ARTIKEL BERKAITAN: Ada kemungkinan tak hadir ‘fan meet’ di Taiwan, Kim Soo Hyun berdepan penalti RM4 juta
ARTIKEL BERKAITAN: Foto tak berseluar tersebar, keluarga Kim Sae Ron desak Soo Hyun mohon maaf
Isu melibatkan Soo Hyun kini hangat menjadi bualan selepas dia didakwa menjadi punca kematian Sae Ron.
Selain bercinta dengan gadis bawah umur, Soo Hyun juga dikatakan pernah mendesak Sae Ron untuk menjelaskan hutang sebanyak RM2.1 juta kepada syarikat pengurusannya.
Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan pada hari jadi ke-37 Soo Hyun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!