suria

Album solo Rosé cipta rekod, cecah 2 bilion strim dalam tempoh kurang 100 hari

Rose mencipta sejarah dengan album solo pertamanya berjudul Rosie.

PENYANYI Rosé mencipta sejarah tersendiri apabila album solonya berjudul Rosie berjaya melepasi dua bilion strim di Spotify hanya dalam tempoh 98 hari.

Kejayaan itu menjadikan Rosé artis wanita K-Pop pertama berjaya mencipta rekod tersebut.

Tidak hanya itu, Rosé turut memecah rekod kumpulan Blackpink menerusi album Born Pink yang mendapat jumlah strim sama dalam tempoh 355 hari.

Album Rosie berjaya mendapat strim sebanyak dua bilion hanya dalam tempoh kurang 100 hari. 

Rosé kini menyertai beberapa artis terkenal lain seperti Olivia Rodrigo menerusi album Sour dan Billie Eilish (When We All Fall Asleep, Where Do We Go?) yang turut mencapai kejayaan sama.

Tidak hanya itu, Rosé turut memecah rekod dipegang anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook yang sebelum ini artis solo K-Pop terpantas mencapai satu bilion strim di Spotify iaitu 79 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun saman keluarga Kim Sae Ron, bimbang lebih banyak gambar tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal ‘live’ sumbang, peminat bimbang kesihatan Rose terganggu

Rosé bagaimanapun mencapai kejayaan itu hanya dalam tempoh 76 hari.

Rosie menduduki tangga ketiga carta Billboard 200 pada minggu pertama ia dilancarkan dengan sebanyak 102,000 unit terjual di Amerika Syarikat.

Antara lagu yang menjadi fenomena adalah single pertama daripada album tersebut berjudul APT yang juga duet bersama Bruno Mars.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain