suria

Vadel Badjideh menangis rindukan keluarga, kesihatan terjejas selepas sebulan dalam lokap

Keadaan Vadel semasa dalam tahanan.

PERSONALITI media sosial Vadel Badjideh sering menangis selepas lebih sebulan ditahan di sebuah lokap di Jakarta, Indonesia.

Menurut ibunya iaitu Titin Badjideh memberitahu anaknya itu bukan sahaja tidak selesa berada di lokap malah merindui berkumpul bersama keluarga.

Malah dia juga berharapan agar ahli keluarga datang melawatnya di lokap pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Kisah cinta Luara dan Vadel hangat diperkatakan sebelum ini.

"Dia harap ahli keluarga akan datang melawat di hari raya nanti, dia mahu satu keluarga berkumpul," katanya.

Sementara itu, peguam mewakilinya, Razman Nasution memberitahu Vadel kini berada dalam keadaan tidak sihat.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut masalah kesihatan personaliti media sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh setia orangnya, tak cemburu tengok anak Nikita Mirzani dengan lelaki lain

ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh mahu kahwin anak Nikita Mirzani, nafi rogol dan paksa kekasih gugurkan kandungan

Razman memberitahu pihaknya juga akan memantau keadaan Vadel dari masa ke semasa selain berharap kesihatan mentalnya terus dalam keadaan baik.

"Kami difahamkan dia juga sedang sakit, mungkin kerana sudah lebih 20 hari di ditahan," luahnya.

Pada 13 Februari lalu, Vadel ditahan Polis Jakarta Selatan atas dakwaan menghamilkan anak pelakon Nikita Mirzani iaitu Laura Mirzani sebanyak dua kali.

Malah Laura yang ketika itu dibawah umur turut dipaksa melakukan pengguguran oleh Vadel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain