suria

Tayang anak hasil hubungan terlarang, netizen kecam Kim Min Hee dan pengarah tak tahu malu!

Ramai netizen tak senang kehadiran Kim Min Hee dan pengarah.

PELAKON Kim Min Hee tanpa berselindung membawa anak lelakinya hasil hubungan terlarangnya bersama pengarah terkenal Korea Selatan, Hong Sang Soo.

Menerusi foto yang tular di media sosial, pasangan itu dilihat membawa anak mereka berjalan di sebuah taman namun tidak dapat dipastikan lokasi.

Malah foto berkenaan dipercayai dirakam secara curi-curi oleh orang ramai yang tidak senang dengan kehadiran mereka.

Kim Min Hee dan Hong Sang Soo sudah 10 tahun bersama.

Kim Min Hee dan Hong Sang Soo sudah 10 tahun bersama.

Mana tidaknya, rata-rata berpendapat pasangan berkenaan sepatutnya menyorokkan anak mereka dari tatapan awam.

Mereka juga menyifatkan pasangan tersebut sebagai tidak tahu malu.

"Dia tidak sepatutnya tunjuk muka anak dia pada orang ramai. Menjijikan!

"Seperti berjalan dengan cucu, hubungan terlarang memang tak tahu malu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Min Hee bersalin anak luar nikah pengarah, isu pendaftaran dan hak harta jadi bualan

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bergelar wanita simpanan, Kim Min Hee hamil anak pengarah berumur 65 tahun

"Patut panggil datuk! Bukan ayah!” antara komen netizen.

Pada April lalu, Min Hee dilaporkan menimang cahaya mata lelaki malah isu pendaftaran anak berkenaan menjadi perbualan.

Ia ekoran pengarah itu sebenarnya masih bergelar suami kepada isteri yang dinikahinya sejak 1985 namun dilaporkan sudah meninggalkan keluarganya demi Min Hee.

Sang Hoo dan Min Hee dilaporkan mula menjalinkan hubungan sulit sejak sepuluh tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Suami Pamela ditahan polis