MEMASUKI trimester ketiga, penyanyi Aaliyah Massaid memberitahu dia tidak dapat tidur dengan lena kerana bayi dalam kandungannya itu sangat aktif menendang.
Meskipun berdepan pengalaman menyakitkan itu, namun Aaliyah, 23, tidak mengeluh dan menyifatkan ia sebagai satu nikmat yang luar biasa.
Aaliyah dan Thariq tak sabar menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.
"Trimester ketiga ini betul-betul buat saya tidak boleh tidur nyenyak ya.
"Bayi dalam perut asyik menendang bila nak tidur.
"Tapi bagi saya itu semua adalah nikmat dan pengalaman yang luar biasa buat saya," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid bakal timang bayi lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar tak paksa isteri berpuasa, bimbang kandungan terjejas
Sebelum ini, Aaliyah dan suaminya iaitu YouTuber, Thariq Halilintar mengadakan upacara adat Mitoni bagi menyambut kandungannya yang kini sudah memasuki usia tujuh bulan.
Pasangan selebriti ini bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Untuk rekod, Aaliyah dan Thariq, 26 mendirikan rumah tangga pada 26 Julai tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!