ISTERI mana yang tidak terguris apabila diri tidak dilayan sebaik mungkin oleh si suami. Begitlah yang terpendam di hati Abby Abadi tentang pergolakan rumahtangganya, terutama selepas insiden suaminya, Norman Hakim ditangkap berkhalwat dengan pelakon baru Memey Suhaiza.Meskipun dinafikan oleh Norman, Abby tidak dapat lagi menahan perasaan sedihnya apatah lagi dia sendiri memang sudah lama memendam perasaan terluka dengan apa yang dilakukan oleh suaminya itu. "Selepas kes tersebut, kami ada berjumpa kerana kata Norman dia ingin saya berikan kekuatan kepada dirinya untuk hadapi perkara itu."Saya akui, memang nampak kekesalan di wajahnya pada waktu itu. Tetapi bila dia keluarkan satu ayat yang berkata tolong selamatkan dia dan 'perempuan' itu, saya rasa cukup terguris."Kalau dia minta saya untuk selamatkan dirinya, saya boleh bantu. Tetapi dia turut kaitkan sekali perempuan itu, ternyata nampak sangat yang mereka memang mempunyai 'sesuatu'," kata Abby.Tindakan Norman yang dianggap Abby seolah-olah melebihkan pihak ketiga iaitu Memey membuatkan aktres dan bekas penyanyi itu tidak mampu bersabar lagi dan lantas nekad menuntut untuk bercerai."Hanya selepas kes tersebut barulah saya tahu bahawa perempuan itu sudah lama tinggal di pejabat Norman."Itu adalah antara penyebab mengapa saya nekad untuk teruskan tuntutan cerai ini kerana hati saya memang cukuo terluka."Sejujurnya, saya masih ada perasaan sayang terhadap Norman. Tetapi saya takut perasaan sayang itu akan dikecewakan lagi," kata pelakon berusia 30 tahun itu.Abby turut melahirkan rasa sedih apabila ada pihak yang menuduh dirinya menjadi dalang kes khalwat suami dan pelakon baru itu.Malah, Abby juga tidak mendapat sokongan daripada keluarga mertuanya berhubung kes tersebut.Ditanya adakah dia pernah menghubungi Memey setelah berlakunya kes itu, akui Abby, dia ada berbuat demikian, namun dia agak terkejut apabila mendengarkan reaksi selamba Memey tanpa ada perasaan bersalah."Saya ada terbaca di sebuah online yang mengatakan dia sanggup berdepan dengan saya untuk selesaikan masalah ini, tetapi saya tahu itu hanya sekadar skrip."Tetapi, saya sendiri tidak ada masalah untuk berdepan dengan dia," kata Abby.