suria

Aziz: "Biarlah dia nak cakap apa.."

PETALING JAYA: "Dia pun berhak mempertahankan diri. Biarlah dia nak cakap apa...," ujar produser drama dan filem tersohor Aziz m. Osman ketika diminta mengulas tentang kenyataan isterinya, Nor Radhiah Ramli hari ini.

Produser berusia 46 tahun itu ketika dihubungi enggan membalas balik kenyataan yang dikeluarkan Nor Radhiah atau Dhia di dalam akhbar tempatan mengenai status mereka yang masih sah sebagai suami isteri.

"(Tergelak). Biarlah dia nak kata apa.

"Saya tak nak komen banyak-banyak tentang hal ini kerana ia belum selesai. Kalau kita cerita banyak-banyak nanti meleret-leret pula. Kalau saya lawan dia dan dia lawan saya, sampai bila kes ini nak habis. Hidup mesti diteruskan," ulas Aziz.

Ditanya berhubung kenyataan Dhia yang mengatakan dia tidak pernah menjawab telefon dan membalas SMS setiap kali dihubungi, Aziz berkata: "Saya sibuk. Semasa saya tengah shooting dan kamera tengah roll, takkanlah saya nak berhenti."

Sibuk bagaimanapun, mesti ada perasaan sayang. Apabila ditanya mengenai perasaannya terhadap Dhia, Aziz menjawab: "Ada. Mestilah ada perasaan sayang kerana saya mempunyai kenangan dengannya. Dengan Vee pun saya mempunyai kenangan manis. Tetap ada kenangan. Buat apa fikirkan yang pahit-pahit tu, kita fikir yang manis-manis sajalah."

Sebelum ini, Aziz pernah berkahwin dengan aktres Nor Aliah Lee selama 15 tahun dan kemudian bercerai pada tahun lepas.

Hasil perkahwinan Aziz dan Vee iaitu Puteri Nur Asyiqin, 15, Putera Mohd Aiman, 13, Puteri Nur Aisya, 9, Puteri Nur Ain, 7 dan Putera Mohd. Ameen, 5. Aziz juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Puteri Nurul Fatehah, 20.

Namun, apabila ditanya benarkah ibunya, Afida Es tidak pernah diberitahu tentang kisah silam isterinya, Aziz hanya tergelak dihujung talian dan enggan memberikan komen lanjut.

Artikel Lain