suria

Ashraf-Bunga akan bersanding empat kali

Ashraf menghitung hari sebelum diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Bunga Cinta Lestari.
Ashraf menghitung hari sebelum diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Bunga Cinta Lestari.
Ashraf menghitung hari sebelum diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Bunga Cinta Lestari.

PERCINTAAN sensasi pasangan selebriti daripada dua negara, Ashraf Sinclar dan Bunga Citra Lestari akhirnya berakhir di jinjang pelamin.

Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung Sabtu ini, di Jakarta berjaya mencuri perhatian peminat dan media masa di Malaysia dan Indonesia.

Majlis pernikahan pelakon dan pengacara popular itu dengan kekasihnya, Bunga, yang merupakan pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia akan berlangsung pada 8 November ini di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta.

Keesokan harinya pula, bakal berlangsung majlis resepsi di Hotel Sultan, Jakarta yang akan menampilkan tema adat Melayu dan Minangkabau.

Istimewa untuk peminat-peminat selebriti tersebut di Malaysia, TV3 akan membuat liputan khas perjalanan majlis perkahwinan penuh gemilang pasangan merpati dua sejoli ini.

Bagi majlis pernikahan yang dilangsungkan di Jakarta dengan penuh adat Melayu dan Minangkabau itu, ia boleh ditonton pada 12 November ini dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI).

Pada 18 November pula, WHI akan menyiarkan temubual secara eksklusif yang merakamkan detik-detik manis dan persiapan perkahwinan Ashraf dan Bunga.

Manakala liputan khas sempena upacara pernikahan dan resepsi pasangan romantis ini di Jakarta akan disiarkan pada 16 November di dalam rancagan Nona.

Bagi majlis resepsi di Malaysia, TV3 sekali lagi diberi hak eksklusif untuk menyiarkan majlis resepsi pasangan Ashraf dan Bunga dalam rancangan Nona pada 23 dan 30 November ini.

Liputan tersebut termasuklah majlis khas untuk meraikan rakan-rakan Ashraf di The Saujana, Subang yang berkonsepkan Inggeris.

Majlis tersebut akan berlangsung pada 14 November ini manakala bagi majlis sambut menantu pula diadakan pada 15 November 2008 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara dengan konsep kampung, ‘Pulang Ke Kampung Bawa Isteri’.

Menurut Ashraf, majlis pernikahan diadakan dalam suasana tertutup dan cukup sederhana dihadiri keluarga terdekat.

Dijangka seramai 50 orang rombongan dari Malaysia akan hadir di majlis pernikahan itu.

“Keluarga saya besar kerana adik-beradik ibu ada 12 orang sementara adik-beradik ibu Bunga ada 16 orang.

"Sementara itu bagi majlis resepsi pula dijangka dihadiri 1,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan artis dan rakan niaga,” katanya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan liputan perkahwinan Ashraf dan Bunga secara eksklusif di TV3 seperti berikut:-

WHI – 12 November 2008, Rabu, 12.00 tengahari (sedutan khas majlis akad nikah di Jakarta)

Nona – 16 November 2008, Ahad, 2.00 petang (Liputan khas majlis akad nikah dan resepsi di Jakarta)

WHI – 18 November 2008, Rabu, 12.00 tengahari (temubual di studio secara siaran langsung)

Nona – 23 November 2008, Ahad, 2.00 petang (Liputan khas majlis resepsi di Kuala Lumpur)

Nona – 30 November 2008, Ahad, 2.00 petang (Edisi Istimewa Persiapan & majlis perkahwinan)

Artikel Sebelum

'Wayang' filem sebenar kehidupan

Artikel Berikut

Artikel Lain