CUKUP kecoh dan hingar-bingar suasana di ruang legar Great Eastern Mall, Ampang pada Sabtu lalu apabila lebih 30 selebriti popular tanahair turun padang dengan menjadi penjual kek coklat bersempena dengan Kejohanan Kek Coklat ke-2 yang melibatkan sebanyak 14 buah hotel bertaraf lima bintang di negara ini.Artis-artis popular seperti Erra Fazira dan suami, Engku Emran, Ning Baizura, Fauziah Latiff, Noryn Aziz, Fazura, Eja, Fahrin Ahmad, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Nora Danish, Diana Danielle, Natasha Hudson, Liyana Jasmay, Jehan Miskin, Tony Eusoff, Marsha, Khai, Rosma, Juliana Evans dan Pushpa Narayan yang mewakili hotel-hotel tertentu 'diserbu' pengunjung-pengunjung yang ingin beramah-mesra dengan selebriti-selebriti tersebut di samping membuat amal dengan membeli kek coklat untuk disumbangkan kepada tabung 'ChildrenCare', sebuah projek amal anjuran Great Eastern. Jualan kek amal itu adalah acara sampingan sempena kejohanan tersebut yang mana harga sepotong kek bermula dengan RM15.Pelbagai karenah dan telatah selebriti-selebriti ini dapat disaksikan pada acara tersebut. Masing-masing mempunyai 'strategi' tersendiri untuk menarik pengunjung membeli kek coklat yang mereka wakili.Ada juga yang tidak memerlukan strategi tertentu kerana populariti masing-masing yang tidak boleh disangkalkan lagi. Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran yang mewakili Hotel Equatorial adalah antara meja yang menjadi tumpuang pengunjung.Penyanyi dan pelakon jelita itu bukan saja dilihat bijak melayan pengunjung yang tidak putus-putus ingin bergambar dengannya, malah dapat 'menarik' mereka untuk turut membeli kek coklat bertemakan 'Choconosa' itu."Saya tidak ada strategi tertentu, tetapi bila mereka datang nak bergambar tu, saya ajaklah sekali mereka beli kek coklat ini. Alhamdulillah, kek kami nampaknya laris juga."Memang seronok dapat sertai program seperti ini. Ia memang sebuah program amal yang berbeza. Sambil beramal, dapat juga bertemu dengan peminat-peminat," kata Erra.Hotel Grand Millennium yang mewakilkan penyanyi jazz terkenal Noryn Aziz, pelakon Pushpan Narayan dan pereka fesyen Bill Keith juga tampil dengan 'persembahan' yang menarik apabila ketiga-tiga mengenakan pakaian berwarna putih sedondon.Noryn dan Pushpa dilihat cukup comel dengan gaun putih sentuhan Bill sendiri. Meskipun sibuk dengan jadual seni, Noryn berkata, dia sanggup meluangkan masa sengganggnya itu untuk terbabit di dalam program tersebut."Hari ni saja sebenarnya yang saya dapat 'relaks' sekejap, tetapi saya tidak kisah korbankan masa rehat saya untuk sertai program ini," tutur Noryn yang sempat menyediakan 'sample' kek untuk dirasa oleh pengunjung.Tidak ketinggalan pelakon muda berbakat besar iaitu Diana Danielle, Juliana Evans, Liyana Jasmay dan Hafiz yang menggamatkan suasana ruang legar pusat beli-belah itu dengan 'pekikan' mereka untuk menarik pengunjung membeli kek coklat yang dari Hotel Berjaya Times Square.Cukup kecoh melihat aksi mereka, bak kata Diana: "Kami mempunyai 'kuasa' untuk menjerit-jerit mungkin kerana kami masih muda dan tak perlu nak 'control' apa-apa".Liyana pula turut menambah pembabitan mereka sebagai artis muda di dalam program amal seperti itu membuktikan generasi muda juga tidak pernah lupa untuk membuat kebajikan."Bagi saya, ini adalah satu program yang bukan saja untuk kebajikan, tetapi juga cukup menyeronokkan. Memang meriah sekali," kata Liyana.Eja dan Fahrin yang mewakili kek coklat dari Crowne Plaza Mutiara juga tidak menang tangan melayan pengunjung. Kek jualan mereka juga laris dijual dalam masa sejam."Saya letak syarat kepada mereka, jika ingin bergambar dengan saya, belilah sekali kek ini. Tetapi tidaklah saya memaksa, terpulang kepada mereka sebenarnya."Tidak sangka pula kek kami ini laris. Mungkin juga publisiti dari media yang turut membantu."Apapun, saya rasa cukup seronok dapat bersama dengan artis-artis lain untuk jayakan program ini. Program amal ini cukup berbeza dan bagi saya, jika kita bercakap tentang coklat, ia sememangnya menggambarkan tentang kemanisan dan kemeriahan."Jadi sesuailah dengan program seperti ini," kata Fahrin.Eja juga turut menambah, pembabitan golongan artis di dalam jualan kek coklat itu adalah satu cara sumbangan yang boleh dilakukan oleh artis-artis bagi membantu mereka yang tidak bernasib baik.Fauziah Latiff dan Ning Baizura yang menjual kek coklat Hotel Mandarin Oriental juga mendapat sambutan yang hebat daripada pengunjung.Ditanya tentang 'penggunaan' populariti artis bagi tujuan amal ini, kata Jee, ia bukan satu isu besar kerana rata-rata artis juga tidak kisah untuk turut serta di dalam program tersebut."Apa salahnya kalau kami dapat menarik ramai pengunjung untuk turut beramal. Dalam erti kata lain, mereka dapat bertemu dengan artis pujaan mereka dan pada masa yang sama dapat beramal."Alhamdulillah, kek kami laris juga dijual. Chef Wan dan Azwan Ali juga ada membeli banyak kek kami," kata Jee.Selain pengunjung dapat bertemu dengan artis-artis tempatan, program seperti ini juga dilihat berjaya mengeratkan lagi hubungan sesama artis.Ini terbukti apabila Rashidi Ishak dan Vanidah Imran yang tiba lewat sejam di majlis tersebut turut dibantu oleh rakan-rakan artis lain bagi menjual kek coklat hotel yang mereka wakili iaitu Hotel Istana.Sharifah Amani, Diana Danielle dan Liyana Jasmay antara yang menghulurkan bantuan kepada pasangan suami isteri ini dengan membuat sorakan bagi menarik perhatian pengunjung.Secara keseluruhannya, bagi kategori Kek Coklat Paling Kreatif bagi Kejohanan Kek Coklat ke-2 ini, ia dimenangi oleh Hotel Sunway manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Hotel Legend dan Hotel Berjaya Times Square.Bagi kategori Kek Coklat Terbaik, Hotel Berjaya Times Square memenangi tempat pertama diikuti oleh Hotel Renaissance dan Mandarin Oriental.