Konsert Inul dibatalkan buat kali ketiganya.PETALING JAYA: "Bukan saja terkilan tetapi saya rasa teraniaya...," luah penganjur konsert Inul Daratista, IMS Sdn Bhd, Nasir Abu Bakar apabila diberitahu pembatalan konsert Inul di saat-saat akhir.Pihak penganjur diberikan tiga sebab kenapa konsert Inul, yang dijadualkan berlangsung malam ini di Stadium Putra, Bukit Jalil terpaksa dibatalkan. Selain dari tidak mendapat permit dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), konsert itu mendapat bantahan dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan pihak polis enggan memberi kelulusan atas sebab keselamatan.Difahamkan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menyerahkan memorandum mengandungi bantahan tersebut kepada Ketua Pengarah Jakim, Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz baru-baru ini.Ketika mengesahkan berita pembatalan konsert Inul semalam, Nasir, yang juga Pengarah Urusan IMS Sdn Bhd, berkata beliau cukup kecewa dengan pembatalan konsert itu buat ketiga kalinya.Kali terakhir ialah pada bulan Julai dan Ogos tahun ini di mana penyanyi dangdut yang terkenal dengan 'goyang gerudinya' itu sepatutnya beraksi di Stadium Putra, Bukit Jalil dan di Stadium Johor Bahru."Memang saya kecewa tetapi saya tidak marah. Saya tidak menanggung apa-apa kerugian kerana belum mengeluarkan apa-apa belanja lagi kerana menunggu kelulusan permit dari Dewan Bandaraya," jelas Nasir yang pernah mengalami kerugian hampir RM500,000 ketika dua konsert terdahulu Inul dibatalkan.Tapi kata Nasir, "Nak protes pun biar bertempatlah. Saya tidak pernah paksa orang datang. Kalau fikir konsert itu tidak baik, tidak payahlah datang.""Saya rasa teraniaya. Saya buat konsert nak cari makan. Benda ini kecil saja, hanya konsert tiga jam. Sepatutnya ada isu lain yang lebih besar, yang perlu mereka protes dulu seperti gejala mak nyah di Lorong Haji Taib, Chow Kit Road, dan pengkid. Isu-isu yang macam ni lah patut mereka protes dulu?"Saya hendak tanya, adakah mereka ini pergi Lorong Haji Taib untuk membendung perkara mungkar seperti ini? Tak ada pun...?"Saya tidak paksa mereka datang pun. Saya sasarkan konsert ini untuk orang Indonesia kerana ramai dikalangan mereka yang datang konsert Inul dulu," jelas Nasir lagi.Lagipun, menurut Nasir, pihaknya mendapat jawapan yang permit mereka tidak diluluskan oleh DBKL pada 24 November."Ikutkan saya boleh buat rayuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur tapi saya tidak cukup masa untuk berbuat demikian kerana tarikh konsert semakin hampir," jelasnya lagi.Ironinya, kata Nasir, "Ini bukan kali pertama saya menganjurkan konsert Inul di sini. Saya pernah membawa Inul ke sini untuk konsert di Stadium Merdeka pada tahun 2005. Masa tu boleh pula?"Lagipun, saya tidak nampak konsert Inul boleh mencetuskan huru-hara sehingga menjadikan faktor keselamatan sebagai alasan membatalkan konsert."Ketika ditanya bagaimana reaksi Inul apabila diberitahu tentang pembatalan konsert di Malaysia buat kali ketiganya?"Ini baru cadangan saja dan kami pun memaklumkan demikian pada Inul. Bila dibatalkan sekali lagi, kami memberitahu Inul dan dia akur dengan keputusan itu," jelas Nasir.'Kedegilan' pihak IMS untuk meneruskan usaha mengadakan konsert Inul di sini seolah-olah menggalakkan satu aktiviti yang mengundang keruntuhan moral?"Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak pernah memaksa orang datang...."Demi peminat setia Inul yang 'kempunan' melihat aksi penyanyi dangdut kesayangan mereka, Nasir berjanji akan berusaha membawa juga Inul mengadakan konsert di Malaysia."Saya tidak putus asa. Saya akan buat rayuan lagi..."