suria

'Menjaga Hati' – Penjualan muat turun mencecah 500,000 unit di Malaysia

Single pertama Yovie& Nuno, 'Menjaga Hati' mendapat sambutan oleh peminat mereka di Malaysia
Single pertama Yovie& Nuno, 'Menjaga Hati' mendapat sambutan oleh peminat mereka di Malaysia
Single pertama Yovie& Nuno, 'Menjaga Hati' mendapat sambutan oleh peminat mereka di Malaysia

NAMA Yovie & Nuno mungkin sebelum ini kurang dikenali di Malaysia. Namun setelah meletupnya lagu ‘single’ pertama mereka, Menjaga Hati, yang sering diputarkan di stesen-stesen radio di Malaysia, ia telah melonjakkan kehebatan dan kewibawaan mereka.

Pada 2 Ogos lalu, band dari Indonesia ini, telah dianugerahkan ‘Platinum Awards’ di atas kejayaan album ‘The Special One’ yang telah terjual melebihi 150,000 unit dan kini berjaya meraih pencapaian “Double Platinum” untuk penjualan CD dan 2 juta RBT (ring back tones) di Indonesia.

‘Single’ pertama mereka “Menjaga Hati” yang mendapat tempat di hati pendengar Malaysia ini telah dimuat turun melebihi 500,000 unit di Indonesia dan turut berjaya menembusi pasaran digital muat turun di Malaysia di mana ianyanya telah dimuat turun sebanyak 500,000 unit juga.

Pada pertengahan April lalu, Sony Music Entertainment Sdn Bhd telah mengeluarkan muat turun True tunes, Ringback Tones, Full songs Menjaga hati dan Wallpapers Yovie & Nuno di mana laporan menunjukkan sambutan terhadap muat turun ini semakin meningkat dan mendapat sambutan yang menggalakkan pada Mei lalu hingga sekarang.

Hanya dalam masa enam bulan sahaja, lagu Menjaga Hati mampu melonjak pantas mencuri hati para pendengar dan peminat setia Yovie & Nuno.

Kejayaan ini merupakan langkah permulaan yang baik buat Yovie & Nuno untuk menempatkan nama di Malaysia. Menurut Yovie, mereka tidak menyangka sama sekali yang mereka mempunyai ramai peminat di Malaysia yang turut sanggup bersama menyokong perjuang seni mereka sehingga ke tahap ini.

”Kami mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan doa sehingga Yovie&Nuno bisa mencapai sambutan yang luar biasa terutama dalam penjualan dan pemakaian RBT.

"Kami bersyukur atas apresiasi pencinta muzik di Indonesia kepada Yovie&Nuno hingga bisa mencapai Double Platinum untuk penjualan Cd dan 2 juta RBT.

"Kami juga bersyukur dengan apresiasi pencinta muzik di Malaysia dengan 500,000 pengguna RBT "Menjaga Hati" itu merupakan pencapaian yang diluar dugaan bahwa kita punya banyak Teman Yovie & Nuno(TYN) di Malaysia.

"Terima kasih kepada provider setempat yang bisa menfasilitasi lagu "Menjaga Hati" di Malaysia. Dan penghargaan buat SONY MUSIC Malaysia dan juga pastinya TYN Malaysia kami berharap bisa bertemu dengan kalian dalam waktu dekat," jelas Yovie.

SEKILAS TENTANG YOVIE WIDIANTO

Yovie atau lebih dikenali dengan nama Yovie Widianto merupakan komposer ternama di Indonesia. Sebelum ini Yovie pernah muncul bersama sebuah band bernama ‘Kahitna’ dan telah menerbitkan lebih tujuh album sebelum bergerak secara solo.

Karya-karya beliau sering dinyanyikan oleh artis-artis popular antaranya Glenn Fredly, Rio Febrian, Astrid, Delon dan yang terbaru beliau telah mencipta lagu “Dua Menjadi Satu” yang dinyanyikan oleh Gita Gutawa & Dafi.

Bagi Yovie, menulis lagu merupakan gambaran jiwa. Yovie telah berhasil merakamkan melodi-melodi yang ‘simple’ namun tetap disenangi oleh semua pendengar. Tidak hairanlah jika karya-karyanya mudah diterima dan menjadi hit. Moto dalam hidupnya adalah ‘keep the good music & keet the spirit high’.

NUNO

Band The Nuno terdiri daripada 3 jejaka gantang Dudi (Vokal), Diat (gitar), dan Dikta (vokal). Dikta telah bergabung dengan Nuno mulai pertengahan tahun 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Faizal Tahir tebus kekecewaan

Artikel Lain