Wan Nor Azlin enggan memenuhi permintaan suaminya, Mohd. Yazli Yaacob hari ini. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT[SEMASA] PETALING JAYA: Aktres Wan Nor Azlin, yang menerima ugutan ‘ah long’ hari ini berkata beliau enggan melakukan proses Sulh semula seperti yang diminta oleh suaminya, Mohd. Yazli Yaacob, 38.Sebaliknya, Azlin, 40, yang pernah digam oleh semua stesen televisyen sebelum ini kerana 'membintangi' video lucah, ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah di sini mengenai kes tuntutan nafkahnya dan anak-anak terhadap suaminya yang menghilangkan diri sejak 10 Julai lalu. Difahamkan, jumlah tuntutan yang dimohon oleh Azlin agak besar dan ini termasuk perbelanjaan peribadi RM 5 000, perbelanjaan rumahtangga RM2 000 dan Amanah Saham Bumiputera RM1 000 dan Insuran peribadi bulanan RM500.Dalam pernyataan tuntutannya, Azlin juga menuntut Azli menjelaskan tunggakan pinjaman rumah sebanyak RM122, 892, ansuran rumah RM 3, 500, ansuran kereta RM1, 686, penyelenggaraan dua buah rumah di Damansara Indah Resort Homes dan Damansara Impian serta bil-bil semasa sebanyak RM500 pada setiap bulan.Namun menurut Azlin, dia bersedia untuk mendengar berapa jumlah yang suaminya mampu berikan asalkan dia bertanggungjawab.“Kita tengok dulu berapa jumlah yang dia ingin berikan tetapi jangan pula dia ambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan.“Sekurang-kurangnya dia kena bersyukur yang saya sudah meringankan bebannya dengan menanggung perbelanjaan keluarga dengan usaha sendiri,” jelas Azlin yang meminta sejumlah wang yang agak banyak terhadap suaminya.Dalam masa yang sama, Azlin berkata dia kecewa dengan suaminya yang tidak menyatakan alamat untuk dia berhubung dengan suaminya.Tambahnya, sebelum ini dia pernah berjumpa dengan pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)untuk menyampaikan surat saman tersebut kepada suaminya namun dia enggan menerimanya.Walaupun Azlin ‘dihalang’ daripada menyerahkan saman kepada Yazli supaya hadir ke mahkamah pada hari ini, namun pihak mahkamah memaklumkan suaminya tampil ke mahkamah pada Jumaat lalu, 12 Disember.Berita kedatangan Yazli ke mahkamah tersebut memeranjatkan Azlin.Menurut peguam Azlin, Fakhrul Azman Abu Hassan, Yazli (defendan) hadir beserta dengan surat yang mengatakan dia mengetahui tentang maklumat yang memintanya hadir ke mahkamah melalui media."Di dalam surat tersebut, Yazli memohon diberikan masa untuk melantik peguam bagi diberi peluang untuk melakukan proses Sulh sekali lagi."Yazli juga meminta supaya dia dapat berbincang dengan Azlin mengenai tuntutan tersebut mengikut kemampuannya."Memandangkan defendan pun tidak hadir dan surat tersebut tidak mempunyai alamat untuk kami sediakan jawapan tersebut, jadi kita akan membuat iklan dalam surat khabar dalam masa dua minggu lagi supaya dia hadir ke mahkamah," beritahu Fakhrul selepas prosiding pada hari ini selesai.Azlin turut mendakwa yang Yazli sering meninggalkan beliau dan anak-anaknya. Pertama kali Azlin dan anak-anaknya ditinggalkan ialah pada tahun 2001 selama 40 hari, pada tahun 2005 selama dua tahun dan terkini sejak 10 Julai lalu.Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memutuskan supaya kes tuntutan nafkah Azlin terhadap Yazli disebut pada 28 Januari 2009, pukul 2 petang, di sini.Pada 18 November lalu, proses Sulh Azlin yang difailkan pada 29 Oktober lalu gagal dibicarakan kerana Yazli tidak hadir ke mahkamah.Sebelum ini, pada 30 Julai lalu, rumah Azlin pernah disimbah cat merah kerana suaminya gagal membayar hutang 'ah long'.Pada 14 Ogos lalu, suaminya yang merupakan seorang peguam tampil pada satu sidang akhbar menjelaskan tentang kehilangannya.Yazli menjelaskan punca dia menghilangkan diri kerana terlalu tertekan akibat diburu 31 'ah long' selepas gagal membayar tunggakan hutang mencecah RM1 juta.